Anak Nak Rambut Ronaldo, Ayah Berikan Rambut Pekan R9 Kerana Hanya Ada Satu Ronaldo

Seorang budak sekolah di England telah meminta ayahnya untuk memotong rambut gaya Cristiano Ronaldo.

Video tersebut dikongsikan oleh jurulatih Chelsea, Jody Morris. Keluarga tersebut merupakan peminat Chelsea. Dengan budak itu memakai jersi The Blues.

Biasalah budak budak, mesti dia percaya ayah dia dapat buat apa sahaja perkara di dunia ini.

Namun malang sekali, budak itu mendapat Ronaldo R9 dengan gaya rambut kita panggil gaya rambut Pekan.

Ayahnya bertanya kepada anak: “Nak gaya rambut apa?”

Anak: “Ronaldo [menunjukkan gambar Cristiano Ronaldo di dalam telefon pintarnya].”

Namun selepas hasilnya siap, anak dia sangat kecewa. Si ayah pula menyatakan, betullah itu gaya Ronaldo, dan menunjukkan gambar R9.

Anaknya siap mencarut; “Di*ck head”

Ayahnya berkata: “Tengok ni, hanya ada satu Ronaldo.”

Korang boleh tengok gelagat ayah dengan anak itu di sini:

Ayahnya sengaja mengingatkan anaknya bahawa hanya ada 1 Ronaldo iaitu idola beliau Ronaldo Nazario aka Ronaldo Fenomeno.

Pasti anaknya mempertimbangkan untuk meniru gaya Jaap Stam selepas itu.

Ronaldo dengan gaya rambut pelik

Gaya rambut itu popular ketika Piala Dunia 2002, apabila Ronaldo yampil dengan gaya rambut pelik ketika itu.

Dan Ronaldo tampil dengan kebangkitan luar biasa dan menjadikan Piala Dunia 2002. Piala Dunia yang awalnya bukan dianggap Piala Dunia Ronaldo.

Namun sebaliknya yang berlaku. Ternyata inilah Piala Dunia Ronaldo sebenar, dan Piala Dunia 1998 ternyata milik Zinedine Zidane.

Brazil menjadi juara ketika edisi Piala Dunia 2002. Ronaldo R9 menjaringkan kedua dua gol di final menewaskan Jerman.

Ia dianggap antara aksi individu terbaik yang pernah dipamerkan oleh Ronaldo. Beliau ketika itu hampir terlepas slot ke Piala Dunia, gara-gara kecederaan.

Luis Felipe Scolari ketika itu dianggap agak memperjudikan nasibnya dengan membawa pemain yang kurang cergas.

Namun Ronaldo menghubungi beliau menyatakan beliau mahu bermain untuk Brazil dan berharap dapat diberikan tempat.

Scolari langsung tiada masalah memberikan Ronaldo Fenomeno tempat di dalam pasukan utamanya.

Ronaldo menegaskan beliau sengaja menggayakan rambut pelik, agar perhatian media tertumpu kepada rambutnya dan bukan kisahnya yang lain sepanjang kejohanan itu.

Pada 1998, beliau terlalu mendapat banyak perhatian media. Membuatkan fokusnya terganggu.

Brazil tetap membawanya bersama kerana mereka tahu R9 sentiasa ada sengat dan aura yang kuat di atas padang.

Baca yang lain