[VIDEO] Bagaimana Keraian Simbah Pengurus Sendiri Ini Menjadi Penamat Karier Bentley Di Spurs

David Bentley dianggap salah seorang bakat elit yang bakal menjadi pemain penting England pada satu ketika dahulu.

Beliau pernah meraikan kejayaan menamatkan tempat keempat dalam liga dengan penuh kegembiraan kerana boleh beraksi di UCL pada musim berikutnya.

Menjadi pasukan top 4 bukanlah mudah untuk dicapai. Oleh sebab itu Arsene Wenger pernah menetapkan ia sebagai ‘piala’ pertama yang harus diraih setiap musim.

Wenger mengibaratkan 4 teratas sebagai wajib untuk pasukannya. Ini kerana ia akan memberikan kelab malam bola sepak eropah bersama sama dengan kelab elit lain.

Lalu di Spurs, David Bentley pernah meraikan kejayaan 4 teratas itu dengan menyimbah pengurusnya, Harry Redknapp dengan sebaldi air ketika temuramah bersama dengan wartawan.

Namun Bentley tak sangka bahawa perbuatannya itu telah menjadi sebab bahawa hari itulah permulaan kepada berakhirnya kariernya di Spurs bersama Rekdnapp.

Kejadian itu berlaku pada musim 2009/10.

Spurs musim itu menamatkan musim dengan cemerlang selepas permulaan penuh masalah bersama dengan Juande Ramos.

Bersama dengan Harry Redknapp, mereka keluar daripada zon penyingkiran dan menamatkan saingan di 4 teratas. Luka Modric dan Gareth Bale membina reputasi luar biasa mereka.

Ketika kejayaan menamatkan saingan di slot UCL, Redknapp diminta memberikan komen tentang kejayaannya mengeluarkan Spurs daripada zon penyingkiran dan melayakkan diri ke UCL.

Walaupun keraian itu nampak ceria dan Rekdnapp dilihat tersenyum ketika itu, namun sebaliknya pengurus itu tidak menggemarinya dan menganggap perbuatan itu melampau.

Ketika bercakap di hadapan tv, Bentley tiba tiba mengangkat sebaldi air dengan ais dan menyimbahkannya pada Redknapp sambil dia berpesta pora di hadapan kamera.

Ramai sebenarnya tidak tahu, Harry Redknapp koyak teruk sebab perbuatan Bentley itu.

Sehinggalah pemain itu sendiri mendedahkannya kira kira 8 tahun selepas kejadian tersebut. Bentley yang menikmati musim yang hebat bersama dengan Spurs, seakan akan tidak percaya bahawa insiden itu telah memberikan kesan besar kepada masa depannya.

“Aku masa tu cuma nak meraikannya dengan beliau. Aku bukannya cuba membuatkan dia nampak bodoh di hadapan tv.”

“Dia tak gembira kerana dia masa tu nak mengubah imej dia di hadapan umum. Dan aku pula pergi simbah dia dengan air.”

“Dia cuba menjadi seperti Sir Alex Ferguson.”

“Aku bermain banyak sekali perlawanan masa itu dan tiada masalah langsung antara kami. Namun detik itu adalah pengakhiran kepada aku.

Ini adalah detik di mana keraian Bentley itu berlaku. Dia dan beberapa rakannya telah menghijack temuramah itu.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai