[VIDEO] Bagaimana Pemain Ini Boleh ‘Miss’ Peluang Serupa Ini?

Lokomotiv Plodiv menang 2-0 dalam aksi berhadapan dengan Tsarko Selo dalam aksi Liga 1 Bulgaria. Dan mereka terus merapati pendahulu liga, Ludogorets.

Dua gol Plodiv adalah menerusi Georgie Minchev yang menjaringkan 1 gol dalam setiap babak.

Namun di sebalik kemenangan Lokomotiv Plodiv, perlawanan diwarnai dengan aksi calon miss of the season. Penyerang Plodiv Dmitar Illiev telah gagal menyempurnakan peluang gol yang ternganga selepas beliau berjaya menggelecek penjaga gol.

Mungkin kerana terlalu yakin, Illiev dilihat memperlahankan tempo lariannya dan menjadi sangat kasual. Pada kedudukan 1-0, pastinya miss seperti itu dikhuatiri akan mempengaruhi mentaliti pasukan.

Mujur Minchev berjaya menjaringkan satu lagi gol pada separuh masa kedua. Saksikan kegagalan yang sangat tak masuk akal itu di sini:

Bulan April ini memang agak sarat dengan aksi calon miss the season. Sebelum ini pemain Reading, Lucas Joao gagal menyempurnakan peluang keemasan selepas penjaga gol Barnsley melakukan kesilapan. Dan ditewaskan oleh rakannya.

Seterusnya dalam aksi Liga Europa, Lacazette turut melakukan miss seperti ini:

Pada awal April, Timo Werner terlepas peluang keemasan ini ketika aksi antarabangsa bersama dengan Jerman. Kegagalan yang disifatkan Joachim Low sebagai turning point kepada kekalahan mengejut mereka di tangan Macedonia Utara.

Baca yang lain