VIDEO Bale Is Back Sambut Kepulangan Bale

Selepas 7 tahun meninggalkan Spurs, Gareth Bale akhirnya kembali semula.

Ianya berita yang paling mengujakan peminat Spurs menyambut bintang yang pernah bersinar di White Hart Lane dahulu.

Bale sebelum ini menjadi perhatian media selepas mulai dikaitkan dengan kepulangan semula ke Spurs.

Ini kerana Spurs turut berunding dengan Real Madrid tentang Bale ketika mereka mendapatkan Sergio Reguilon.

Hubungan Mourinho dengan Real Madrid dan juga Gareth Bale antara sebab yang membantu memudahkan lagi kepulangan Bale.

Ejen kepada Gareth Bale sebelum ini menyatakan bahawa pemain itu sangat gembira untuk kembali semula ke Spurs.

Bale tidak mendapat tempat dalam pasukan bimbingan Zidane. Beliau malah sudah tidak sehaluan dengan pengurus itu.

Ini apabila Zidane sendiri menyatakan Bale mahu dikecualikan daripada tugasan UCL musim lalu.

Bale ditandatangani secara pinjaman. Di mana gajinya akan dibayar bersama oleh Real Madrid dan Spurs.

Spurs membayar 40% daripada gajinya manakalan 60% lagi dibayar oleh Real Madrid.

Lihat video khas untuk menyambut kepulangan Bale di sini:

Walaupun tidak sehaluan, namun Zidane tetap menghormati jasa Bale di Real Madrid yang menurutnya tidak akan dapat dipadamkan.

Rekod dan statistik Bale agak luar biasa walaupun kerap cedera dan disisihkan.

Beliau membantu Real Madrid menjulang 4 UCL dan 4 Piala Dunia Kelab ditambah dengan 2 La Liga.

Menjaringkan 105 gol daripada 251 penampilan.

Saga perpindahan Gareth Bale

{erjanjian melibatkan pemain antarabangsa Wales dengan Spurs dilaporkan bernilai lebih dari £13 juta.

The Daily Mail menambah bahawa Bale gembira dan sudah tak sabar untuk membangkitkan kembali kariernya di kelab di mana dia menjadi nama besar.

 

Daily Mail melaporkan perjanjian itu sudah dimuktamadkan minggu lalu cuma menunggu penyelesaian beberapa butiran lagi.

Kembalinya Bale ke Tottenham banyak dipengaruhi oleh Jose Mourinho, yang dilaporkan merasakan kedatangan penyerang sayap kelas dunia itu ‘sangat penting’ berikutan kekalahan 1-0 pasukannya di tangan Everton pada Ahad lalu.

Sebelum ini, ketika di Man United, Jose Mourinho juga pernah mahukan pemain itu menyertainya di Old Trafford.

Bale pemain yang pantas dan memiliki kualiti hantaran dan penyudah yang sangat baik.

Mourinho difahamkan telah memberitahu bos besar Tottenham Daniel Levy bahawa semangat dan dinamisme Bale diperlukan untuk merancakkan serangan pasukan mereka.

Jika Bale masuk, Mourinho boleh membentuk gandingan serangan bertiga dengan adanya Son dan Kane sekali.

Dele Alli yang dikaitkan dengan perpindan ke arah yang bertentangan tetapi Mail menyatakan bahawa ianya tidak akan berlaku. Pemain tengah tidak akan menuju ke Bernabeu.

Kedatangan Bale pastinya akan disambut dengan sangat luar biasa oleh semua peminat yang masih sayangkan Bale.

Malah Gareth Bale sendiri pernah menyatakan bahawa Spurs sentiasa berada di dalam hatinya.

Pemain berusia 31 tahun itu menikmati bola sepak yang sensasi untuk Spurs dalam beberapa musim terakhirnya dan menjaringkan 55 gol dalam 203 perlawanan.

Prestasi cemerlangnya menyebabkan beliau dibeli dengan rekod perpindahan £85.3 juta ke kelab gerasi Sepanyol pada 2013.

Antara sebab utama Real Madrid mendapatkan Bale adalah untuk menggantikan Cristiano Ronaldo pada masa akan datang.

Namun malangnya itu gagal berlaku. Bale bukanlah tak bagus, dia bagus, tetapi di bawah kendalian Zidane beliau bukan pemain pilihan utama.

Malah dalam beberapa musim terakhir ini, beliau sudah terlibat dalam beberapa drama dengan Real Madrid termasuk kontroversi meletakkan Real Madrid di tangga ketiga dalam senarai keutamannya selepas Wales, Golf dan barulah Madrid.

Bale juga mengejutkan ramai apabila Zidane menyatakan bahawa beliau sendiri yang tidak mahu terlibat dalam beberapa perlawanan terakhir musim lalu.

Selain isu tidak mendapat tempat, Bale juga memiliki rekod kecederaan yang agak banyak.

Bale secara keseluruhannya telah berjaya di Real Madrid, di menjaringkan 105 gol dalam 251 penampilan dan memenangi banyak gelaran dalam tempoh tersebut.

Dengan berharap Bale dapat menemukan kembali prestasi dan keyakinannya, peluang Tottenham untuk memperoleh kedudukan empat teratas musim ini dilihat akan lebih tinggi.

Spurs juga menandatangani rakan sepasukan Bale, Sergio Reguilon, yang akan menandatangani kontrak lima tahun setelah mempersetujui perpindahan £27 juta.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.