[VIDEO] Barcelona Potong ‘Part’ Keraian Siuuuu Pemain La Masia, Ini Sejarah Permulaan SIUU Oleh CR7

Barcelona telah memotong babak pemain muda mereka meraikan gol dengan gaya SIUUUUU yang sinonim dengan Cristiano Ronaldo.

Pemain muda bernama Fermin Lopez melakukan jaringan sangat cantik dengan sepakan gunting ketika membantu pasukan Barcelona Juvenil A menewaskan Cornella 3-2 pada Ahad lalu.

Dia berlari ke penjuru gelanggang dan melompat sambil berputar dan menjerit SIUUUU!

Dalam siaran langsung di Barca TV pastinya keraian itu dilihat sepenuhnya. Cuma dalam rangkuman gol yang dimuatnaik semula di akaun media sosial Barcelona, memaparkan hanya gol dan adegan keraian itu dipotong.

Para peminat bertanya kenapa potong bahagian keraian gol pemain itu?

Adakah kerana keraian itu sinonim dengan Ronaldo. Yang menurut mereka, tiada masalah pun untuk menunjukkannya. Kerana seteru Barca adalah Real Madrid dan bukannya Cristiano Ronaldo.

Ini ditambah dengan hakikatnya sekarang Ronaldo bermain untuk Manchester United.

Namun harus diakui memang Ronaldo adalah simbol kepada Real Madrid pada era moden. Dia juga merupakan seteru peribadi dengan legenda Barcelona, Lionel Messi.

Jadi, memuja Ronaldo di kalangan pemain muda Barcelona mungkin satu kesalahan bagi kelab? Tak taulah kan.

Ini adalah video gol dan keraian pemain tersebut:

Wujudnya keraian SIUUU yang legenda

Keraian Siuu itu memang menjadi keraian paling popular di dunia. Ronaldo menyatakan bahawa keraian itu dimulakan dengan spontan.

Dia selesa dengannya dan akhirnya memutuskan untuk meneruskan sahaja. Pertama kali dia meraikannya adalah ketika jelajah pra musim di Amerika Syarikat di mana Real Madrid menentang Chelsea.

“Saya mula berkata SIUUU ketika saya di Real Madrid. Kami bermain menentang Chelsea di Amerika Syarikat. Saya menjaringkan gol dan melakukan keraian SIUUU buat pertama kali. Saya tak tahu dari mana ianya muncul”

“Perkara yang terbaik adalah perkara yang lahir secara semulajadi.”

BACA JUGA ARTIKEL: Townsend Nafi Menganjing Dan Ronaldo Tidak Koyak Kerana Keraian Siuuuu!

Andros Townsend memastikan Everton membawa pulang satu mata dari gelanggang keramat Manchester United. Townsend meraikan golnya dengan keraian gaya Cristiano Ronaldo di hadapan pemain itu sendiri dan peminat Manchester United.

Townsend menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan. Man United mendahului pada lewat separuh masa pertama menerusi Anthony Martial.

Ramai yang menganggap Townsend mengejek dan menganjing Ronaldo dan penyokong Man United.

Pemain itu kemudian menjelaskan bahawa dia tidak ada niat mengejek. Dia cuma teruja berkongsi padang dengan Ronaldo yang menurutnya, merupakan pemain idolanya.

Townsend memberikan penghormatan kepada Ronaldo dengan keraian siuuuu tersebut.

Bercakap kepada BT Sports: “Tidak menghormati dia ?” reaksi beliau terkejut dengan tuduhan dia sedang mengejek Ronaldo.

“Pemain ini [Ronaldo] adalah idola saya. Keraian itu untuk menunjukkan sedikit rasa hormat dan penghormatan kepada Cristiano.”

“Adalah suatu penghormatan untuk berkongsi padang yang sama dengannya.”

“Saya menghabiskan masa berjam-jam berlatih di padang dan di bilik video, menganalisis teknik tendangan bebas dan langkahnya serta cara dia mendedikasikan dirinya untuk bola sepak,” katanya kepada BBC Sport.

“Jadi keraian itu bukan kerana biadap, itu adalah tanda menghormati salah seorang pujaan saya.”

“Saya mungkin tidak melakukan keraian itu dengan betul.”

Kemudian ramai yang menuduh Ronaldo koyak dan tidak mahu bersalaman atau memandang Townsend.

Sebenarnya Ronaldo baik baik sahaja. Townsend menjelaskan bahawa dia pergi ke arah Ronaldo dan menjelaskan tindakannya. Dia berharap Ronaldo tidak salah anggap tentang keraian tersebut.

Townsend malah meminta jersi Ronaldo selepas perlawanan itu. Dan beliau berjaya mendapatkannya.

Townsend berkongsi detik istimewa itu menerusi Instagramnya.

Ronaldo dilihat hampa kerana gagal mendapatkan 3 mata. Kerana pemain itu memang memiliki mentaliti kemenangan yang sangat tinggi.

Baca yang lain