David Beckham tidak dapat menerima ketika isterinya menceritakan pengalaman dia membesar sebagai anak keluarga kelas pekerja atau golongan digelar B40 di negara kita.
Victoria Beckham menyatakan dia membesar di kelas pekerja semasa bersama keluarganya, dalam satu wawancara yang dimuat dalam siri Dokumentari David Beckham di Netflix.
Percubaan Victoria Beckham untuk mendakwa dia dibesarkan sebagai kelas pekerja telah dikantoikan dengan serta-merta oleh suaminya David Beckham dalam satu babak yang agak lucu.
Victoria memberitahu wartawan: “Saya hanya menyukainya, ia semudah itu. Saya fikir kerana kami berdua berasal dari keluarga yang bekerja sangat keras – ibu bapa kami bekerja sangat keras dan kami merupakan golongan kelas pekerja sebenar…”
Sebelum Victoria sempat menghabiskan ayatnya, David, yang kemudian keluar dari layar putih, dan bekas kapten England itu terus menyampuk isterinya: “Jujurlah,” sambil Victoria berkata: “Saya jujur la awaa..!”
“Jujurlah,” tegas David sekali lagi, sebelum dia mengeluarkan soalan ala detektif: “Kereta apa yang ayah awak guna hantar awak ke sekolah?”
Ketika itu Victoria cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan suaminya, David Beckham yang masih tidak berganjak masih tidak berputus asa.
“Sejujurnya, kereta apa itu?” Beckham mengulangi solanannya, apabila Victoria cuba mengelak daripada menjawab soalan itu lagi: “Ia bukan jawapan yang mudah.”
David bertanya buat kali ketiga kereta apa yang dipandu Victoria ke sekolah di mana bekas penyanyi Spice Girl itu dengan teragak-agak berkata: “Ia bergantung [kepada kedadaan].”
“Tidak, tidak, tidak, tidak [jangan nak mengelak],” kata David yang nekad sambil terus mendesak isterinya itu jujur sahaja. Dan Victoria akhirnya mendedahkan kereta yang digunakan bapanya ketika dia masih belajar.
“Baiklah pada tahun 80-an ayah saya mempunyai Rolls Royce,” penyanyi yang menjadi pereka fesyen itu dengan berat hati mengakui di hadapan kamera.
Beckham berpuas hati dengan jawapan itu kemudian beredar sambil berkata: “Terima kasih.”
Saksikan di sini:
Hahahaha David Beckham wasn’t having Victoria as coming from a working class family. pic.twitter.com/sVBM7IxK6T
— AFC GLEN (@AFC_GLEN) October 4, 2023
Ramai memuji David Beckham yang dianggap sangat berani dan menunjukkan betapa jujurnya dia dalam perbuatannya. Dia tidak mahu isterinya mengada ngada menggunakan sentimen anak orang susah di hadapan kamera.
Lainlah Beckham barulah daripada golongan B40 sebenar. Ibunya pendandan rambut sementara ayahnya pula pekerja pemasangan dapur.
Tak sia sia korang jadikan Beckham ni idola. Walaupun bukan peminat Man United pun ramai suka Beck ni.