[Video] Bekas Kapten Rusia Terajang Dan Sepak Ref, Namun Tiada Laporan Polis Kerana Banyak Kabel

Korang mesti pernah dengar nama Roman Shirokov.

Bekas kapten Rusia, Roman Shirokov membuatkan pengadil liga amatur masuk hospital setelah menyerangnya semasa perlawanan.

Shirokov bengan dengan tindakan pengadil yang tidak memihak kepada pasukannya. Di mana Shirokov mendakwa dia dijatuhkan dan mahukan sepakan penalti.

Dia kemudian berlari ke arah pengadil Nikita Danchenko dan mereka kelihatan saling bertikam lidah.

Setelah itu, Shirokov dilayangkan kad merah. Dan bekas pemain tengah Shirokov kemudian menyerang Danchenko di muka dan menendangnya ketika jatuh di atas tanah ketika pemain lain berusaha menahannya.

Saksi mata pada permainan tersebut telah mendakwa Shirokov mengatakan kepada pegawai “Kalau mung bagi aku kad merah, mung kena bahang [Kalau kau bagi aku kad merah, siap kau aku kerjakan],” sebelum membuat isyarat penumbuk tangannya.

Pengadil melayangkan kad merah kerana Shirokov ternyata telah menyerang pengadil secara verbal dan melakukan ugutan.

Lalu Shirokov membantai dan memijak pengadil itu. Satu negara Rusia heboh dengan kejadian itu.

Mantan pemain Zenit itu kemudian digantung oleh MatchTV, stesen tempat dia bekerja sebagai pundit.

Artur Petrosyan berkongsi gambar wajah Danchenko berikutan serangan itu dan dia mendapat kesan luka di sekitar matanya.

Danchenko juga memberi tahu keadaannya dan menyatakan bahawa dia menghabiskan empat jam di hospital kerana merawat luka itu.

“Saya menghabiskan empat hingga empat setengah jam di hospital, kemudian 15-20 minit lagi di bilik kecemasan,” jelasnya.

“Mereka menjahit di banyak bahagian, melakukan banyak pemeriksaan. Dan yang paling penting, semuanya nampak baik-baik saja dengan saya.”

“Saya dah ok.”

“Apa yang tidak membunuh anda akan menjadikan anda lebih kuat, seperti yang mereka katakan. Oleh itu, kami terus melangkah lebih jauh dan terus berusaha.”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas kata-kata sokongan, ini adalah saat yang sukar bagi saya dan orang yang saya sayangi.

Petrosyan kemudian menyatakan bahawa Nikita awalnya mahu melaporkan kes itu kepada polis.

Namun beliau kemudian membatalkan niat itu kerana masih sayangkan kariernya. Hal ini kerana Shirokov banyak kabel dengan orang kenamaan dan pegawai berkaitan bola sepak.

Penganjur kejohanan German Popcov mengutuk serangan itu dan melabelnya sebagai ‘menjijikkan.’

“Ada episod biasa, perselisihan Roman dengan pengadil, dan kemudian pembantaian dimulai,” katanya kepada The Mirror.

“Ini tidak dapat diterima, menjijikkan dan mengerikan. [Ini] tingkah laku yang sangat pelik. Ramai orang melihatnya secara langsung, semua ini dari satu juta sudut. Dan ini dari orang yang kita betul-betul anggap sahabat.”

Shirokov menyiarkan permohonan maaf yang panjang di media sosial dan menyatakan kekesalannya atas kejadian itu.

“Saya ingin menyampaikan permintaan maaf yang tulus kepada Nikita atas tindakan tidak wajar yang dilakukan oleh saya,” kata pemain berusia 39 tahun itu.

“Saya sedar bahawa tidak memberikan penalti yang jelas dan kad merah yang dilayangkan, adalah tidak boleh dijadikan alasan untuk menghayunkan tangannya, saya harap Nikita sembuh secepat mungkin akan kembali bertugas.”

“Saya juga ingin meminta maaf kepada penganjur kejohanan, rakan sepasukan saya, Match TV dan penonton.”

Diharap Vladimir Putin nasihatkan sikit si Shirokov tu.

Baca yang lain

Bayern Mahu De Zerbi

Roberto De Zerbi dikaitkan dengan Bayern Munich sebagai calon pengganti Thomas Tuchel. Tuchel akan meninggalkan Bayern pada akhir musim ini. Dengan beberapa

Ten Hag Kritik Pressing Sebelah Kiri

Erik Ten Hag mengkritik mutu pertahanan sebelah kiri pasukannya ketika menentang Fulham. Ini kerana arah tersebut sangat lemah ketika bertahan terutama sekali