[Video] Bentesan Dan Tampanan Buruk Shakir Hamzah Berikan K.Lumpur City 2 Gol Awal

Perak menerima tamparan kuat apabila tewas besar kepada Kuala Lumpur City 0-3 pada perlawanan ke-4 Liga Super. Belum sempat Chong Yee Fatt menyelesaikan ketumpulan jentera serangan pasukan, isu pertahanan pula timbul.

Dalam perlawanan tersebut Perak tidak menurunkan barisan terkuatnya. Guilherme de Paula dan Rafiuddin Roddin berada dibangku simpanan. Sementara itu J.Parthiban tidak berada dalam senarai pemain.

Firdaus Saiyadi dan Izzudin Roslan diberi kepercayaan oleh Yee Fatt untuk berada dalam kesebelasan utama buat kali pertama.

Diatas kertas Perak sepatutnya boleh memberi cabaran kepada Kuala Lumpur City, sekurang-kurangnya meraih 1 mata namun sebeliknya berlaku apabila the bos gaurus tewas mudah.

Kuala Lumpur membuka jaringan pertama melalui Dominic da Sylva pada minit 41 permainanan. Pemain itu berjaya memperdayakan Shakir Hamzah yang gagal melakukan bentesan.

Shakir sebenarnya gamble melakukan bentesan tersebut, dia tahu jika dia tidak berjaya tiada lagi pertahanan yang berada dibelakangnya. Shakir tidak pilihan selain menang dalam keputusan yang diambilnya.

Tetapi Shakir dikalahkan oleh Da Sylva. Pemain itu terus meluru ke dalam kotak penalti dan melepaskan percubaan yang menembusi gawang Perak.

Seminit selepas separuh masa kedua, Shakir sekali melakukan kesilapan besar. Lebih besar dari kesilapan pertama tadi. Hantaran dari tepi oleh Paulo Josue pada awalnya tidak memberi sebarang ancaman.

Romel Morales berada dalam posisi agak jauh untuk menerima hantaran dari Josue. Hantaran itu tepat ke arah Shakir namun sentuhan pertama pertahanan dari Singapura itu terlalu buruk.

Shakir melakukan dadaan teruk dan bola terus melantun ke dalam kotak penalti. Bola yang pada awalnya lebih dekat dengan Shakir berbanding Morales sudah menjadi 50-50.

Morales berjaya memintas dan melakukan percubaan tepat kedalam gawang Perak buat kali ke-2. Perak ketinggalan 0-2 hasil kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan lebih-lebih lagi dari pemain berpengalaman luas di peringkat antarabangsa.

Kuala Lumpur City melengkapkan kemenangan 3-0 selepas Morales sekali lagi menjaringkan gol terakhir pada minit ke-66.

Perak kini hanya mengutip 4 mata selepas 4 perlawanan. Pada perlawanan pembukaan Perak terikat 0-0 dengan Petaling Jaya City sebelum menumbangkan Sri Pahang 2-0 tiga hari kemudian.

Kemenangan tersebut menyaksikan ketua jurulatih Sri Pahang, Dooley dipecat.

Bagaimanapun Perak gagal membawa momentum tersebut apabila tewas 2 perlawanan selepas itu. Perak tewas 0-2 kepada Terengganu dan 0-3 Kuala Lumpur City. 3 dari 4 perlawanan tersebut, skuad bimbingan Yee Fatt gagal menjaringkan sebarang gol.

Kini Perak mengalami masalah baru iaitu bolos 5 gol dalam 2 perlawanan terakhirnya. Dua darinya 3 bolos terakhir datang dari kesilapan pemain pertahanan, bukan dari kecemerlangan gerangan menyerang pasukan lawan.

Pada Ahad ini Perak akan menerima kunjungan JDT di Stadium Perak. Ia bakal menjadi cabaran berat untuk Yee Fatt dan anak buahnya menentang pasukan paling sempurna di Malaysia itu.

Tiga perkara yang perlu diperbaiki serentak oleh jurulatih berkaca mata itu. Pertama, tidak bolos banyak. Kedua, menjaringkan gol. Ketiga, tidak kalah 3 kali berturut-turut.

Adakah Yee Fatt akan berjaya lakukannya?

Baca yang lain