[VIDEO] Berita Odon Si Orang Utan Kantoi Merokok Sampai Amerika, Netizen Mahu Zoo Bandung Ditutup

Satu video tular menunjukkan pengunjung zoo di Bandung Indonesia melemparkan batang rokok kepada orang utan.

Dan kemudian urang utan tersebut dengan penuh santai menghisap rokok tersebut.

Ianya telah menimbulkan kontroversi. Berita tersebut malah sampai ke Amerika Syarikat di mana outlet berita mereka membuat pendedahan tentang perkara itu.

Seorang lelaki dengan sengaja menyalakan rokok sebelum melemparkannya ke dalam kandang orang utan.

Orang utan berusia 22 tahun bernama Odon itu membuatkan ramai pengunjung di situ ketawa melihat telatahnya. Namun netizen telah menyatakan kemarahan mereka.

Aktivis hidupan liar turut tidak merasakan perkara itu kelakar, malah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seperti itu. Mereka mempersoalkan kenapa zoo itu sangat lemah pengawasan untuk haiwan yang dikategorikan dalam senarai spesies terancam.

Ini bukan pertama kali zoo Bandung menerima kecaman. Tahun lalu seekor beruang kelaparan dilihat meminta makanan daripada pengunjung. Dan ianya juga tular.

Berita orang utan merokok itu sampai kepada Marison Guciano, penyiasat senior untuk kala jengking, dan bekerja di NGO hidupan liar.

Beliau menyeru agar kebajikan haiwan lebih dijaga terutama sekali di zoo.

Seramai kira kira sejuta orang sudah menandatangani petisyen di Change.org “Tutup Zoo Bandung Sekarang,” selepas insiden tersebut.

Jurucakap kepada zoo Bandung menyatakan kekesalan mereka di atas insiden tersebut. dan mereka menyatakan akan menambahkan lagi papan tanda amaran melarang pengunjung daripada memberikan makanan ataupun rokok kepada haiwan.

Ada netizen memberikan komen, daripada gaya Odon memegang dan menghembuskan asap rokok, jelas itu bukan perkara baru ataupun pertama kali baginya.

Ada juga yang kehairanan dari mana Odon belajar merokok sebegitu rupa.

Ya, Odon memang sudah lama merokok. Cuma sebelum ini tidak ditukarkan. Dan Odon juga bukan orang utan pertama yang menjadi sensasi di Indonesia kerana merokok.

Sebelum ini, kira kira sedekad lalu, orang utan bernama Tori juga memiliki tabiat yang sama di sebuah lagi zoo di Indonesia.

Diharap insiden seperti ini tidak berulang lagi.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.