[Video] Bersumpah Atas Nama Ibunya, Karim Benzema Larang Mendy Passing Kepada Vinicius

Real Madrid menyelamatkan diri mereka daripada kalah dalam aksi berdepan dengan Borussia Mochengladbach di Borussia Park.

Namun Madrid memerlukan kebangkitan lewat untuk mendapatkan 1 mata daripada perlawanan ini.

Zinedine Zidane menyatakan persembahan pasukannya di separuh masa kedua adalah karakter sebenar Real Madrid. Berbeza dengan separuh masa pertama.

Pada separuh masa pertama dan awal separuh masa kedua, Real Madrid ketinggalan 2 gol di belakang.

Ketika pemain mahu memasuki padang selepas rehat separuh masa, Karim Benzema sempat merayu agar Ferland Mendy jangan hantar bola kepada Vinicius Jr.

Klip video pendek tersebut dipaparkan oleh siaran tv di Perancis.

Ramai juga mempertikaikan sama ada video itu benar ataupun sebaliknya?

Namun RMC dan GFFN melaporkan bahawa laporan itu benar.

Benzema tidak berpuas hati dengan cara Vinicius yang terlalu individu dan suka menggelecek.

Benzema berkata: “Saudaraku, jangan bagi bola kat dia [Vinicius]. Bersumpah atas nyawa ibu saya, dia bermain menentang kita.”

Pada separuh masa kedua, Real Madrid bangkit menerusi gol pada minit akhir dan masa kecederaan.

Casemiro menjadi wira Real Madrid dengan 1 gol dan assist.

Benzema menjaringkan gol pada minit ke-87 sebelum Casemiro menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.

Ramai juga tidak bersetuju dengan cara Karim Benzema yang dianggap celupar dan boleh menghancurkan keyakinan pemain muda.

Benzema memang dikenali dengan sikapnya yang cakap lepas dan terlalu berterus terang. Sebelum ini beliau melukai hati Giroud dengan melabel pemain itu tak layak dibandingkan dengannya.

Kerana mereka berdua ibarat kereta formula 1 dan gokart.

Agak ironi kerana kini gokart itu sudah menjadi salah seorang penjaring terbanyak sepanjang zaman di negaranya.

Dalam minggu antarabangsa yang lalu, Giroud menjadi penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman selepas Thierry Henry. Giroud mengatasi Michel Platini.

Baca yang lain