[VIDEO] Betapa Lacazette Buat Semua Kecewa Termasuk Referee Sekali

Penyokong Arsenal sangat kecewa dengan kegagalan Alexandre Lacazette menyempurnakan peluang satu lawan satu.

Di mana percubaannya diselamatkan oleh Alisson. Bukan sekali tetapi dua kali.

Lacazette memberikan gol pendahuluan kepada Arsenal di Anfield pada separuh masa pertama selepas memanfaatkan kesilapan daripada Andrew Robertson.

Namun Liverpool kemudian membalas dua gol menerusi Sadio Mane dan Robertson sendiri yang menebus kesilapannya.

Lacazette memiliki peluang terbaik dalam perlawanan ini. Bukan saja peluang untuk menyamakan kedudukan, malah untuk meletakkan pasukan di hadapan dengan dua peluang keemasan itu.

Lacazette melepasi perangkap ofsaid pada separuh masa kedua. namun Alisson berjaya menutup ruang dengan cemerlang.

Lalu penyokong Arsenal pastinya sangat kecewa. Dan paling menarik reaksi spontan pengadil, Craig Pawson yang turut tak percaya dengan kegagalan itu di depan matanya.

Netizen berkata: “Lacazette membuatkan semua orang bengang dan kecewa…. termasuk pengadil sekali.”

Ada juga yang mengusik Pawson ada Alexandre Lacazete di dalam pasukan Liga Fantasi beliau. Lebih teruk kalau Pawson menggunakan tripple captain pada malam itu untuk Lacazette.

“Kamu jangan cakap kat aku yang pengadil tak ada nama Lacazette dalam FPL dia,” tegas Benaiah.

“Inilah jadinya apabila pengadil bermain FPL dan men-tripple captain-kan Lacazette.”

Ada juga berseloroh menyatakan, jelas sekali Craig Pawson adalah seorang Gooner.

Liverpool menang 3-1. Di mana Diogo Jota menambah satu lagi gol pada minit akhir perlawanan untuk membolehkan The Reds bermula dengan sempurna selepas 3 perlawanan.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai