[VIDEO] Biadap! Aleix Espargaro Lempang Morbidelli Ketika Di Selekoh

Pelumba Aprilia, Aleix Espargaro, bakal berdepan hukuman berat selepas kelakuan ganasnya dalam aksi latihan bebas atau FP2 MotoGP Qatar 2023.

Espargaro dan Franco Mobidelli (Yamaha) terlibat dalam pergaduhan sehingga melibatkan serangan fizikal ketika aksi di Litar Lusail.

Ianya selepas Morbidelli berselisih di selekoh. Kedua duanya mulai berbalah dengan Morbidelli seolah-olah cuba menjelaskan segala-galanya kepada Espargaro tetapi ini berakhir aksi kontak fizikal.

Espargaro sudah tidak dapat menahan emosinya dan akhirnya menghayunkan penampar ke arah anak murid Valentino Rossi itu. Dia terus menghamburkan kata kata makian.

Selepas ditampar, pelumba Brazil-Itali itu terus beredar dengan motosikalnya. Dengan nsiden itu sendiri telah disiasat oleh FIM Stewards dan kini pasti Espargaro akan menerima dua hukuman berat.

Aleix Espargaro akan menerima penalti enam grid untuk di garisan permulaan pada sesi perlumbaan utama MotoGP Qatar 2023.

Dia yang menamatkan pusingan kelayakan di tempat ke-10, dengan dikenakan penalti ini – bermakna Espargaro akan memulakan perlumbaan hari ini dari kedudukan ke-16.

Bagi hukuman kedua, pelumba berusia 34 tahun itu dikenakan denda €10 ribu kerana perbuatannya.

FIM juga telah menghantar surat hukuman kepada Espargaro dan ia dikeluarkan kepada umum sebelum kelayakan kelas Moto3 diadakan.

“Pada November 2023 pada 15:07:19 dalam sesi FP2 MotoGP Qatar, anda didapati telah bertindak dengan tingkah laku yang agresif, termasuk menyerang secara fizikal pelumba nombor 21.”

“Menurut Peraturan Grand Prix Kejohanan Dunia FIM Perkara 3.3.2.2, ‘sebarang perbuatan rasuah atau penipuan, atau apa-apa tindakan yang memudaratkan sukan mana-mana orang atau kumpulan orang pada sesuatu acara’ adalah melanggar FIM World Championship Grand Peraturan prix, kerana ia merosakkan imej dan daya tarikan sukan itu.”

“Atas sebab di atas, Panel Pengawas MotoGP FIM telah mengenakan denda 10 ribu Euro dan penalti 6 kedudukan grid untuk perlumbaan MotoGP Qatar 2023 (mengikut artikel 3.2.1 dan 3.3.2.3). baca kenyataan FIM.

Ramai peminat meminta FIM lebih tegas menghukum Espargaro. Kerana ini bukan kali pertama dia gagal mengawal kemarahannya. Seorang peminat berkata: “Aleix, kamu lelaki matang sudah berusia 30-an, jadilah contoh kepada pelumba muda. Kamu harus pandai mengawal kemarahan kamu.”

Morbidelli pula berkata: “Ianya perbuatan sangat biadap ke atas saya. Saya malas nak cakap lebih tentang dia. Tak ada apa pun nak cakap pasal dia. Dalam kariernya dia lebih banyak cerita buruk berbanding kejayaan.”