Juara dunia bertahan, Marc Marquez tidak memulakan MotoGP 2020 dengan baik pada kali ini.
Di mana beliau tersingkir awal daripada perlumbaan selepas beliau gagal meneruskan perlumbaan.
Seorang lagi bekas juara dunia iaitu Valentino Rossi terus dirundung malang dalam aksi di Jerez.
Rossi juga DNF dalam perlumbaan ini selepas sebelum ini melalui pusingan kelayakan yang sangat hambar.
Marc Marquez agak cemerlang pada permulaan di mana beliau bersaing untuk menjadi pendahulu dengan Maverick Vinales.
Pada pusingan ketiga Marc Marquez dan Maverick Vinales saling pintas memintas. Marquez kemudian berjaya menjarakkkan diri dengan Vinales.
Namun ternyata nasib tak menyebelahi Marc Marquez yang terbabas pada pusingan kelapan di selekoh keempat.
Mujur Marquez tidak mengalami kemalangan yang lebih teruk kerana kecekapan beliau dalam mengendalikan Honda RC213V yang hampir rebah. Beliau terkeluar dari trek dalam keadaan motornya sedang melaju.
Apa yang pasti Marquez sangat cekap mengendalikan keadaan itu dan kembali semula ke dalam persaingan.
Huge drama! π±@marcmarquez93 is OFF!!! β#SpanishGP πͺπΈ pic.twitter.com/EEvwreLG9h
β MotoGPβ’π (@MotoGP) July 19, 2020
Beliau sangat tenang mengawal jenteranya. Dan ajaibnya beliau kemudian sempat berada di tangga keenam.
Welcome back #MotoGP. What a save by #marcmarquez #SpanishGP pic.twitter.com/rBmeCJXvUm
β Tatenda (@teetaty) July 19, 2020
OH MY GOODNESS!
Marc Marquez pushes too hard and goes off track! He drops all the way to the back of the pack! π±#MotoGP #MotoMad #SpanishGP pic.twitter.com/2ZNYVSyHgH
β FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) July 19, 2020
https://twitter.com/i/status/1284824451855654913
Tetapi Marquez tidak dapat melakukan apa apa selepas sekali lagi terbabas di selekoh yang sama. Marquez akhirnya akur dan tidak dapat meneruskan perlumbaan meskipun beliau sudah berusaha.
Marquez menunjukkan reaksi kecewanya. Beliau dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Get well soon Marc Marquez.
It doesnβt look good at all for Marquez.
He always had a dislocated shoulder problem, but this time there was also an hitting with the hand with front tyre in motion on ground.
Best wishes to one of the three best rider in the history of MotoGP, a proper fighter#SpanishGP pic.twitter.com/96VcHPLXsFβ Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) July 19, 2020
Sementara itu seteru utamanya, Valentino Rossi pula tersingkir pada pusingan ke-19.
Rossi sebelum ini meminta agar pasukan kejuruteraan dan mekanik beliau memperbaiki aspek suhu tayar belakang motosikal dan ketika menyelekoh.
Rossi dan rakan sepasukannya mengambil risiko untuk menggunakan tayar lembut dalam perlumbaan ini.
π² @ValeYellow46 pulls out of the race on Lap 19!#SpanishGP πͺπΈ pic.twitter.com/1XgOUwqUUm
β MotoGPβ’π (@MotoGP) July 19, 2020
Ternyata bukan sesi perlumbaan yang untuk dikenang buat The Doctor.
Pasukan Yamaha SRT cemerlang kali ini apabila pelumbanya menjuarai perlumbaan menerusi Fabio Quartararo.
Pasukan yang mendapat perhatian dunia selepas diperlekeh gara gara dikaitkan dengan Valentino Rossi.
Pasukan satelit Yamaha ini nampaknya menikmati sesi perlumbaan yang indah di Jerez selepas sesi latihan yang mengujakan.
Fabio Quartararo is a @MotoGP race winner π
The 21-year-old wins his first race in the top class!
He is the future and the future is now π€©#SpanishGP pic.twitter.com/3OWBe7znRP
β MotoGP on BT Sport (@btsportmotogp) July 19, 2020
Minggu yang cemerlang untuk Team Petronas dalam arena sukan permotoran.
Yesterday was a pretty good day for us, @MercedesAMGF1 and @PET_Motorsports:
Two pole positions and two lap records from Fabio Quartararo and Lewis Hamilton!#MotoGP | #SepangRacingTeam | pic.twitter.com/8i1iu7b8i8
β PETRONAS SRT (@sepangracing) July 19, 2020
Yamaha Sepang Racing Team (SRT) ataupun disebut pusukan Pertonas Yamaha yang beribu pejabat di Sepang menjadi pasukan satelit Yamaha yang pertama memenangi perlumbaan di era MotoGP.
Sementara Fabio Quartaro yang baru berusia 21 tahun menikmati kejayaan sulung beliau sebagai juara perlumbaan.
Beliau mengakhiri kemarau untuk pelumba Perancis dalam MotoGP sejak kemenangan Regis Laconi di Valencia pada tahun 1999.
Ini juga merupakan kemenangan perlumbaan pertama untuk pasukan Yamaha satelit di era MotoGP.
Ini adalah keputusan akhir perlumbaan.