[VIDEO Bikin Meremang] Zlatan Berucap Sampai Terbalik Meja: “Ini Itali, AC Milan Yang Punya!”

Pemain paling angkuh di muka bumi, Zlatan Ibrahimovic telah memberikan ucapan di bilik persalinan yang mampu menaikkan bulu roma mereka yang mendengarnya selepas AC Milan muncul juara Serie A.

Aura pemimpin sejati terpancar pada Zlatan.

AC Milan berjaya mengakhiri penantian selama 11 tahun mereka untuk menjuarai saingan Serie A selepas mereka berjaya memenangi gelaran Scudetto pada musim ini.

Kali terakhir AC Milan dinobatkan sebagai juara Serie A adalah pada musim 2010/11.

Rossoneri berjaya menewaskan musuh ketat mereka yang berkongsi stadium yang juga penyandang juara, Inter Milan dengan kelebihan dua mata.

Ketika kali terakhir AC Milan menjuarai Scudetto, Zlatan Ibrahimovic merupakan sebahagian daripada skuad selaku pemain pinjaman dari Barcelona.

Zlatan Ibrahimovic kembali ke AC Milan dalam misinya mengembalikan kegemilangan kelab dan janji itu dikotakan dan bukan sekadar sembang kencang.

“Ketika saya kembali, di sidang media, saya kata saya akan bawa Milan kembali ke puncak.”

Pemain Sweden itu telah memberikan ucapan penuh inspirasi di bilik persalinan selepas mereka menamatkan kemarau gelaran mereka.

ITV menulis:

“Hey Siri, give me the definition of a leader 🦁…”

“Bawa semua orang masuk ke sini!” Dia mulakan.

“Kawan-kawan, bertenang. Saya tidak akan mengucapkan selamat tinggal. Kawan-kawan, dari hari pertama… apabila saya tiba, kemudian yang lain tiba selepas itu. Sangat sedikit yang percaya kepada kita.”

“Tetapi apabila kita faham kita perlu berkorban, menderita, percaya dan bekerja, apabila ini berlaku, kita menjadi satu kumpulan.”

“Dan apabila anda menjadi satu kumpulan, anda boleh mencapai perkara yang telah kita capai. Kini, kita adalah Juara Itali.”

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemain.”

“Kita juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Paolo (Maldini), Ricky (Massara) dan Ivan (Gazidis).

“Ia tidak mudah tetapi kita elah menjadi kumpulan sebenar musim ini. Pada awal kempen, tiada siapa yang percaya kepada kita tetapi melalui prinsip ini, kita menjadi lebih kuat. Saya sangat berbangga dengan anda semua.”

“Sekarang tolong saya: tolong raikan seperti juara. Kerana Milan, AC Milan yang punta, dan Itali adalah AC Milan yang punya!”

Zlatan Ibrahimovic kemudian menggila dengan menterbalikkan meja dan seluruh bilik persalinan turut menjadi gila meraikan kejayaan.

Terkejut beruk jurugambar yang berada di depan menjalankan tugas melihat meja tiba terbang dan terbalik.

Sebelum itu ketika penyampaian piala Zlatan Ibrahimovic telah meraikan kejayaan AC Milan menjuarai saingan Serie A dengan cara yang penuh bergaya.

Beliau berjalan memasuki padang ketika sesi keraian sambil menghisap cigar dan memegang champagne dan sudah pasti menjadi berita hangat dada media massa.

Selepas cemerlang meledak 16 gol dari 26 perlawanan musim lalu, Ibrahimovic pada musim ini hanya sekadar membuat 12 penampilan sahaja dalam saingan liga.

Musim ini, Zlatan hanya berjaya menjaringkan lapan gol tetapi kebanyakkannya adalah gol yang penting dan sangat membantu Milan mencatat kemenangan.

Pemain kebangsaan Sweden yang kini berusia 40 tahun itu sekali lagi membuktikan yang usia sekadar nombor dan tidak mempengaruhi hal lain.

Dengar cigar di tangan, bekas bintang Manchester United dan Barcelona itu turut sempat menyemburkan champagne dan berdiri di tengah padang dengan gaya yang sungguh santai.

“Saya harap saya mampu dapat separuh sahaja dari sikap itu.” Ujar pengulas CBS ketika melihat Zlatan melakukan hal Zlatan.

Milan melalui musim yang mengecewakan sejak sedekad sebelum ini dengan mereka hanya mampu melihat bagaimana Juventus mendominasi sepenuhnya saingan liga bola sepak Itali.

Juventus berjaya memenangi sembilan gelaran Serie A secara berturut-turut sebelum Inter Milan merampas gelaran itu pada musim lalu.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi