[VIDEO] Blackburn Rovers Bangga Jadi Kelab UK Pertama Anjur Solat Aidilfitri Dalam Stadium

Blackburn Rovers telah menjadi kelab bola sepak di UK yang pertama menganjurkan solat Hari Raya Aidilfitri di lapangan padang stadium mereka.

Sebenarnya perkara itu sudah pun diwar warkan oleh kelab kepada para penyokong sejak awal Ramadan lagi.

Beratus ratus orang hadir dalam acara yang diadakan di Ewood Park itu pada 1 Syawal – pada Isnin. Satu rakaman dari udara telah dikongsikan oleh Blackburn Rovers di media sosial mereka.

Di mana para hadirin yang hadir turut bersolat di atas sejadah serta mendengar khutbah pada Hari Raya.

Apa yang cuba disampaikan oleh Blackburn Rovers

Dalam kenyataannya, Blackburn mahu memberitahu dunia bahawa kelab bola sepak mereka bukan sekadar kelab semata mata.

Dalam ucapannya, Blackburn berkata: “Selamat Hari raya dari semua kami di Blackburn Rovers. Pagi ini, #Rovers menjadi kelab pertama di negara ini untuk menganjurkan solat aidilfitri di atas padang.”

Apa yang dilakukan Blackburn ini membuatkan ramai peminat bola sepak beragama Islam terutma sekali komuiniti muslim di UK terharu.

Ini kerana negara tersebut antara negara yang terkenal dengan Islamofobia.

Islamofobia di UK sampai ke tahap di mana ada yang takut dengan masjid atau duduk berjiran dengan orang beragama Islam.

Mereka menganggap apa sahaja yang berunsurkan Islam sebagai perkara yang menakutkan.

Namun keadaan itu semakin terhakis. Menurut The Economist, bola sepak antara medium terkuat yang memerangi Islamofobia di UK. Misalnya penyokong Liverpool menyertakan perkataan  Muslim dan masjid dalam chant bola sepak untuk Mo Salah.

Seterusnya, seorang penyokong Blackburn dari Sudan, Ahmed Khalifa. Dia berpindah dari UAE ke Blackburn 4 bulan lalu. Dia memanjatkan kesyukuran tak terhingga dalam bersolat aidilfitri bersama komuniti muslim di Blackburn dengan rasa selamat dan gembira sekali.

“Hari raya adalah sesuatu yang istimewa bagi orang Islam. Ianya adalah hari kami berkumpul bersama sanak saudara. Kali ini, ianya sangat istimewa dapat berkumpul bersama sama di sini, kerana kami sangat merindui saudara mara kami.”

“Ini adalah perkara yang sangat besar maknanya buat komuniti kecil kami. Sangat gembira melihat orang orang yang hadir hari ini. Orang yang berada di kelab Blackburn ini, mereka semua kelihatan sebahagian daripada komuniti kelab ini. Namun untuk orang yang baru menetap di sini, saya sudah merasakan diri sebagai sebahagian daripada komuniti mereka.”

Ahmed Khalifa merupakan penyokong Manchester City. Dia menyatakan bahawa mulai sekarang dia juga akan memberikan sokongan kepada Blackburn.

“Saya tahu itulah cara orang Inggeris menyokong pasukan bola sepak. Mereka harus menyokong kelab tempat mereka tinggal tidak kira kelab itu dalam keadaan yang baik atau buruk. Saya akan menyokong mereka sehingga mereka berjaya melakukannya [naik semula ke EPL].

Saksikan perkongsian Blackburn di sini:

Solat aidilfitri kali ini juga dianggap istimewa kerana di UK sebelum ini acara keramaian pada jumlah ramai adalah dilarang. Aktiviti solat dan keagamaan lain turut diadakan dalam penjarakan sosial.

Tetapi kali ini mereka boleh melakukannya seperti biasa.

Ramai peminat menggunakan media sosial mengucapkan syabas kepada Blackburn di atas inisiatif mereka. Salah seorang peminat berkata: “Ini luar biasa, syabas kepada semua yang terlibat. Sangat istimewa daripada pekan kecil bernama Blackburn. Harap kelab lain akan mengikutinya di masa akan datang kerana mereka perlu melakukannya juga.”

Seorang peminat Rovers berkata: “Bangga menjadi Rove, Selamat Hari Raya semua.”

Sebagai tambahan, solat aidilfitri paling besar dibuat di Birmingham, dianggarkan sekitar 30,000 orang hadir di Taman Small Heath. Birmingham dikatakan menjadi tempat paling tinggi komuniti Muslim di UK.

Sementara itu, satu lagi solat aidilfitri diadakan di Taman Platt Fields di Manchester yang turut dihadiri 20,000 orang.

Seterusnya, kelab kriket Edgbaston di Birmingham turut mengadakan solat Aidilfitri di padang latihannya, dengan kerjasama masjid setempat.