[VIDEO] Blunder Ngeri Keeper Vietnam Tak Tahu Bola Kat Mana

Perlawanan antara Thailand B-23 vs Vietnam B-23 dalam Piala Asia B-23 merupakan antara perlawanan yang sangat menarik.

Di mana kedua dua pasukan bermain dengan terbuka dan saling serang menyerang.

Aksi di antara kedua dua pasukan berakhir seri 2-2. Ianya lebih kepada kerana kesilapan ngeri dan memalukan buat penjaga gol Vietnam, Nguyen Van Toan. Yang membuatkan pasukannya kempunan 3 mata.

Pasukan Thai di belakang pada awal perlawanan selepas rembatan Phan Tuan Tai melencong dari bahu Jonathan Khemdee dan bola masuk hanya selepas seminit perlawanan berlangsung.

Bola tersebut dirembat dari jarak jauh dan terbias pada lawan terus masuk. Penjaga gol Thailand terkapai kapai kelemasan.

Kem Thailand terpinga pinga dengan gol awal tersebut.

Jurulatih Thailand, yang juga legenda negara mereka, Worrawoot Srimaka terpaksa membuat pertukaran awal apabila dia mendapati pasukannya terus bergelut.

Dia memasukkan Wanchat Choosong dan Ben Davis pada minit ke-28. Arahannya jelas, mereka harus mencari ikhtiar untuk menyamakan kedudukan.

Ben Davies terus membalas kepercayaan jurulatihnya apabila dia melakukan penyamaan untuk Thailand pada minit ke-35.

Gol tersebut terhasil kerana blunder penjaga gol Vietnam Nguyen Van Toan. Dia gagal untuk mengagak kekuatan sebenar bola dan cuba menangkapnya berbanding menepisnya.

Namun dia gagal mendakap bola yang melantun ke atas. Dia terpinga pinga mencari di mana bola. Dan akhirnya bola masuk.

Malah ketika melihat gol itu, jurulatih Worrawoot menggelengkan kepala kerana tidak menyangka Thailand begitu bertuah untuk menyamakan kedudukan.

Saksikan blunder tak masuk akal itu di sini:

Pada separuh masa kedua, Vietnam kembali di hadapan menerusi Nguyen Van Tung yang menjaringkan gol pada minit ke-73.

Namun Vietnam sekali lagi melepaskan bolos. Kali ini Suphanat menyamakan kedudukan pada masa kecederaan 90+1.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan C, Korea Selatan menewaskan Malaysia 4-1.

Skuad Harimau Muda kini menduduki tangga tercorot kumpulan C. Keputusan seri antara Thailand dan Vietnam mungkin melegakan sedikit Harimau Muda.

Pada aksi kedua, Malaysia akan berdepan Thailand pada 5 Jun.

Sementara Vietnam akan berdepan dengan pasukan pilihan Korea Selatan pada tarikh yang sama, cuma sepak mula lebih awal.

BACA JUGA: 5 Perkara Daripada Kekalahan Malaysia Di Tangan Korea

Malaysia telah memulakan kempen Piala Asia B-23 dengan kekalahan 1-4 di tangan pasukan pilihan Korea Selatan – dalam aksi pembukaan kumpulan C.

Korea Selatan mendapat 1 gol pada babak pertama dan 3 lagi gol pada babak kedua.

Lee Sang Min menjaringkan gol pertama seawal minit ke-3. Sebelum Kim Tae Hwan menjaringkan gol kedua hanya selepas 3 minit perlawanan separuh masa kedua bersambung.

Mukhairi Ajmal menjaringkan gol sagu hati Malaysia pada minit ke-83, yang juga gol yang memberikan harapan kepada Malaysia apabila ianya meletakkan Harimau Muda 1-2 di belakang.

Namun pada minit ke-89 dan masa kecederaan 90+2, Choo Young Wook memastikan Korea Selatan menang bergaya.

Berikut 5 pemerhatian ringkas kami:

1. Masalah bola kedua

Malaysia pada hari ini bermasalah teruk untuk memenangi bola kedua. Malah lebih teruk daripada memenangi bola pertama daripada situasi setpis atau hantaran lintang.

Ini kerana pemain lambat memberikan respon dan kegagalan berantasipasi dengan lebih baik.

Malaysia harus memperbaiki tactical awareness ataupun kesiap-siagaan taktika  ketika bertahan.

2. Sistem serangan Malaysia tak jelas

Sistem serangan Malaysia tak jelas dari segi sistem permainan. Perkara ini daripada Sukan SEA lagi.

Oleh kerana hari itu dianggap perlawanan pemanas badan sahaja. Sepatutnya sistem permainan di serangan sudah boleh diperbaiki.

Kita ada target man, namun gerakan pemain di belakang penyerang pula tidak menyokong sistem target man.

Hadi Fayyadh malah kerap ke wide area seperti wide target man. Mungkin untuk menghidupkan lay off play dengan pemain penyerang kedua, Luqman Hakim.

Namun segalanya serba tak jelas.

3. Korea Selatan bermain dengan sistem overload

Apa yang dilakukan Korea Selatan adalah, mereka bermain dengan sistem overload di serangan.

Dengan masalah kegugupan pemain Malaysia dalam mengekang bola pertama dan kedua, sistem Korea ini ibarat disiram oleh Malaysia agar ianya menjadi lebih subur.

Seterusnya, Korea Selatan sangat gembira melakukan high pressing kerana Malaysia seringkali gugup berdepan blok pressing mereka.

4. Korea Selatan juga bermain dengan crossing play

Walaupun mereka bermain dengan corak permainan hantaran pendek. Namun mereka juga sangat bagus dengan sistem hantaran panjang dengan crossing. Tak kira daripada open play ataupun daripada bola mati.

Jelas sekali mereka sudah ada variasi taktikal yang sudah ditetapkan untuk berdepan kemungkinan Malaysia bermain ultra defensive.

Selain itu Korea Selatan juga tak ragu ragu untuk bermain dengan sistem lebih direct di mana mereka menyerang terus dari sayap dan cross secara aktif.

5. Taktikal lambung terus ke final third

Mungkin perkara ini salah satu perkara positif yang harus digariskan.

Malaysia sebenarnya beberapa kali menyusahkan Korea Selatan dengan hantaran terus ke final third ataupun melangkaui tengah / bypass midfield.

Tetapi malangnya, ada beberapa penyudah dan bola akhir yang lemah.

Tetapi sistem ini juga memberikan gol tunggal kepada Malaysia.

Rumusan

Perlawanan ini mungkin dianggap bukan perlawanan yang winnable untuk Malaysia. Namun sebenarnya, Malaysia seharusnya beraksi dengan lebih baik.

Banyak kelemahan yang dibawa dari Sukan SEA hari itu masih wujud dalam perlawanan ini.

Pemain masih ada yang gugup ketika berdepan high pressing lawan.

Seterusnya Brad Maloney tidak cukup variasi taktikal di serangan yang terus berdepan dengan konflik corak permainan teras (core system).

Kemudian 2 pivot Malaysia bermain peranan dengan fungsi yang hampir sama, Nik Akif dan Mukhairi. Mereka harus diberitahu siapa patut lebih defensif. Agar tidak terlalu kosong di tengah apabila salah seorang naik menjadi third man attacker.

BACA JUGA ANALISIS TAKTIKAL: Korea Selatan 4 Malaysia 1