[VIDEO] Borja Menganjing Martinez, Namun Emi Selamatkan 3 Penalti & Singkir Colombia

Copa America sebenarnya memiliki nilai hiburan yang tinggi berbanding dengan Euro. Daripada skil pemain yang lincah sehinggalah kontroversi pemain yang menganjing antara satu sama lain.

Sebelum ini Vidal tak puas hati dengan Brazil dan menuduh pasukan itu sentiasa menang kerana bantuan pengadil. Lalu Vidal mahu menunggu Brazil di Chile dalam aksi kelayakan Piala Dunia untuk menewaskan mereka tanpa bantuan pengadil.

Seterusnya pundit, Ruggeri mahu mematahkan kaki Neymar kerana pemain itu suka melakukan skil yang memalukan lawannya dengan skil walaupun sudah menang 4-0.

Terbaru, dalam aksi di antara Argentina dan Colombia perlawanan berlarutan ke penentuan penalti.

Penjaga gol Argentina, Emi Martinez menggunakan kesempatan dalam keadaan stadium sunyi tanpa penyokong untuk menyerang lawannya dengan perang saraf. Emi telah melakukan trash talk kepada kesemua pelaksana penalti Colombia.

Cuadrado memulakan penalti Colombia dengan tenang dan masuk. Ianya dibalas oleh Messi.

Davinson Sanchez kemudian gagal menewaskan Emi Martinez. Seterusnya Argentina juga gagal apabila De Paul melakukan percubaan lambung tak masuk akal.

Ketika Yerry Mina sedang memasang kekudanya, Emi Martinez berterusan memberikan kata kata psikologi dan membuatkan Mina hilang fokus lalu penaltinya diselamatkan.

Paredes kemudian meletakkan Argentina 2-1 di hadapan.

Borja tampil bersahutan dengan Martinez untuk menganjing satu sama lain. Dia tak tahu agaknya Martinez memang tunggu dia masuk perangkap.

Emi tenang mendengar makian Borja. Dan pemain itu menunjukkan kualiti penaltinya. Dia kemudian menyepak masuk dan meraikannya dengan menendang bola sekali lagi di hadapan Emi Martinez. Sambil melakukan beberapa aksi depan Martinez.

Sedikitpun Martinez tidak tergugat. Malah rakan Borja pula, Edwin Cardona yang tergugat dan gagal menyempurnakan penaltinya.

Saksikan detik itu di sini:

Martinez terus membuktikan bahawa dia selayaknya menjadi no.1 Argentina. Tujuan utama beliau meninggalkan Arsenal ke Aston Villa – salah satu daripadanya kerana mahukan minit perlawanan untuk menjamin tempatnya dalam pasukan kebangsaaan Argentina.

Martinez kemudian meraikan kemenangan Argentina di bilik persalinan dengan tarian kuda Borja:

Aksi heroic itu dianggap sebagai salah satu aksi terpenting dalam karier Martinez. Beliau berjaya membaca 4 daripada 5 penalti lawannya. 3 berjaya diselamatkan. Maka kamu tak boleh kata itu satu kebetulan. Pasti ada kerja keras di sebaliknya di kem Argentina dan Emi Martinez sendiri.

Argentina masih memburu kejuaraan major pertama mereka terutama sekali pada era Lionel Messi. Di mana pemnain yang ada enam Ballon d’Or itu masih lagi memburu kejuaraan antarabangsa pertamanya.

Impian Messi

Lionel Messi masih mencari piala major yang pertama dalam karier antarabangsanya. Namun setakat ini, pemenang enam Ballon d’Or itu masih hampa.

Kini Messi berpeluang sekali lagi untuk mencapai cita citanya itu.

Lionel Messi telah memenangi segalanya dengan Barcelona. Oleh itu beliau sangat teringi memberikan sesuatu kepada negaranya selaku pemain yang dianggap antara yang terbaik pernah ada di dunia.

Messi yang berusia 33 tahun mungkin memiliki salah satu peluang terakhirnya di Copa America.

Kempen Copa America melibatkan Argentina akan bermula pada hari Isnin menentang Chile di stadium Nilton Santos di Rio de Janeiro.

Messi berkata: “Saya sentiasa ada untuk pasukan kebangsaan saya. Impian terbesar saya adalah memenangi gelaran dengan jersi ini.”

“Saya sangat hampir memenanginya berkali-kali. Namun ianya tidak berlaku, tapi saya akan terus mencuba. Saya akan sentiasa memperjuangkan impian ini. ”

Messi menambah, sebahagian besar para pemain di dalam pasukan Argentina telah bermain bersama. Dan mereka sudah serasi bersama.

“Itulah sebabnya sudah tiba masanya kita memenangi Copa ini. Kami tahu ia akan menjadi yang istimewa, serta nilainya berbeza kerana semua yang sedang dilalui dunia ketika ini.”

Messi juga mengatakan dia menyetujui Rodrigo de Paul sebagai rakan sepasukan yang memberikannya bantuan dalam membuat serangan.

“Sedikit demi sedikit kami saling mengenali corak permainan masing masing, dan saya berasa selesa bermain dengannya,” kata Messi.

Selama 15 tahun bermain untuk Argentina, Messi kalah di final Piala Dunia 2014, ditambah dua kekalahan final edisi Copa America pada tahun 2015 dan 2016.

Argentina tidak pernah memenangi kejohanan besar sejak kejuaraan Amerika Selatan pada 1993.

Baca yang lain