[VIDEO] Brader Ini Baru Dapat Kunci Kereta Terus Langgar Dinding Kedai

Perasaan paling gembira bagi seorang pembeli kereta apabila mendapat kunci kereta. Perasaan dia memang berbunga bunga.

Ini selepas melepasi segala prosedur dan semakan rekod oleh bank dan sebagainya.

Namun satu video telah tular menunjukkan seorang pembeli Kia Carnival terus melanggar dinding showroom sebaik sahaja mendapat kunci keretanya beberapa minit yang lalu.

Pelakon Sunil Grover antara yang berkongsi video itu dengan kapsyen: “Kereta baru, dari showroom terus ke pusat servis.”

Video itu mendapat lebih sejuta tontonan di IG sejak ia dimuatnaik.

Menurut laporan Times Of India, lelaki tersebut tidak biasa mengendalikan kereta automatik. Dan dia kecelaruan ketika memikirkan pedal di kakinya.

Biasanya pakai 3 pedal, menjadi 2. Dia yang blur terus melanggar dinding.

Terdapat juga kejadian di mana seorang lelaki yang baru membeli Porsche bernilai lebih RM720k telah terbabas ketika parking.

Ia adalah salah satu aksi mamakir kereta yang paling teruk dalam sejarah. Di mana seorang lelaki telah menyebabkan kerugian kepada dirinya sendiri dan melanggar dua lagi kereta lain dengan Porsche baharu miliknya.

Mujur insurans keretanya mahal bukan? Tapi ianya tetap kos yang mahal untuk ditanggung.

Lelaki tersebut cuba untuk meletakkan kenderaannya. Dan tiba tiba, entah apa yang berlaku, beberapa saat kemudian keretannya memecut laju.

Insiden tersebut dirakam menerusi CCTV.

Kereta Posche Taycan itu bernilai sekitar RM725k. Seorang lelaki memberitahu bahawa lelaki tersebut tersilap tekan pedal. Dia cuba menekan pedal brek, dan dia tekan mengejut, sebenarnya itu pedal minyak.

Lelaki itu juga simpati kerana menurutnya, pemandu itu pada hari itu datang untuk menziarahi rakan lamanya.

Posche Taycan merupakan kereta elektrik sepenuhnya yang boleh memecut dari 0-100kmj dalam masa 2.8 saat. Daya pecutan luar biasa itu bukan satu jenaka.

Diperkirakan pemandu kereta itu – dipercayai Porsche Taycan yang baru – secara tidak sengaja memukul pedal pemecut dan bukannya brek.

Orang yang berada di kejiranan bergegas keluar mendengar “bunyi hentakan kuat” di Manningtree, Essex, di United Kingdom.

Seluruh episod ini dirakam di CCTV – ia menunjukkan pemandu menghentam dua kereta mewah bernilai keseluruhan lebih RM1 juta, menurut laporan, kejadian itu berlaku di Baca juga: Lelaki

Laporan tempatan menyebut bahawa pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi ‘kenderaan terbarunya’ tidak bernasib baik. Laporan itu menambah bahawa dia telah membeli Porsche Taycan hanya lima hari sebelum kejadian itu berlaku.

Video tersebut disiarkan di YouTube dan menuju ke platform media sosial yang lain. Dalam beberapa hari sahaja, rakaman itu telah menari  4.3 juta tontonan di Twitter.

Ada yang memberikan komen: “Ketika berhenti, mesti dia melihat ada satu butang, dan bertanya, amende butang ni, lalu ditekannya, rupanya itu butang pelancaran!”

Pastinya hari yang sibuk untuk lelaki tersebut dan pemilik dua lagi kenderaan yang akan menguruskan kereta mereka di bengkel dan syarikat insurans.

Berhati hatilah sentiasa ye. Masa parking pun boleh kemalangan tau.

Baca yang lain