Reaksi Bruno Fernandes ketika Manchester United berjaya peroleh jaringan penyamaan menerusi Edinson Cavani tular dan mendapat perhatian dari para peminat.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer berjaya melakukan aksi kebangkitan luar biasa ketika bertemu Southampton dalam perlawanan saingan liga kemarin.
Edinson Cavani berjaya membuktikan mengapa beliau dianggap sebagai salah seorang penyerang paling digeruni dengan membantu kebangkitan United dalam perlawanan tersebut.
It's the mentality for us 🧠#MUFC @B_Fernandes8 pic.twitter.com/QU2Oo2WLw0
— Manchester United (@ManUtd) December 1, 2020
Pemegang rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk pasukan PSG itu berjaya menjaringkan dua gol dan mencatatkan satu assists untuk Manchester United menewaskan Southampton 3-2.
Manchester United terlebih dahulu telah ketinggalan dengan dua gol pada babak pertama permainan.
James Ward-Prowse menjadi pemain paling berfungsi untuk Southampton dalam perlawanan tersebut selepas beliau berjaya untuk menjaringkan satu gol dan mencatatkan satu assits dari dua jaringan awal mereka.
6 – Six of James Ward-Prowse's last seven Premier League assists have come via set-pieces, with three coming from corners and three from free-kick situations. Whippage. #SOUMAN pic.twitter.com/0MZooGCGTI
— OptaJoe (@OptaJoe) November 29, 2020
Sebagai salah seorang pakar bola mati, James Ward-Prowse cemerlang menjaringkan gol yang super cantik menerusi sepakan percuma menewaskan De Gea untuk Southampton mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.
Masuk babak kedua permainan, Ole Gunnar Solskjaer telah memasukkan Edinson Cavani dan mengeluarkan Mason Greenwood untuk mengubah corak dan rentak permainan.
Tindakan Ole memasukkan Cavani ternyata membuahkan hasil selepas pemain berpengalaman itu memberi impak yang besar dalam perlawanan tersebut.
3 – Edinson Cavani is only the second player to be directly involved in 3+ goals in a Premier League game after coming on as a substitute for Man Utd (2 goals, 1 assist), after current manager Ole Gunnar Solskjaer scored four against Nottingham Forest in February 1999. Super.
— OptaJoe (@OptaJoe) November 29, 2020
Cavani terlebih dahulu telah membantu Bruno Fernandes untuk menjaringkan gol pertama United dengan satu hantaran lintang yang cukup rasa dan di sudahi dengan cukup menarik oleh Bruno.
Beliau kemudiannya berjaya untuk menjaringkan gol penyamaan sebelum menjaringkan gol kemenangan di masa kecederaan untuk United memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-2.
Namun mungkin ramai yang tidak sedar bagaimana reaksi yang ditunjukkan oleh Bruno Fernandes ketika Cavani dan pemain lain meraikan gol penyamaan mereka.
Bruno Fernandes berteriak kepada rakan sepasukannya yang meraikan jaringan penyamaan itu untuk segera memulakan perlawanan dan tidak membuang waktu untuk meraikan jaringan tersebut.
Mentaliti yang ditunjukkan oleh beliau sememangnya satu hal yang harus dipuji, beliau cuba untuk menanamkan sikap sama dalam diri rakan sepasukannya yang lain.
After Cavani scored the second goal, all of the players went to celebrate only Bruno Fernandes who doesn't celebrate with the team, He rather asked them to come back in to score the third goal.
What a mentality this player has! 🧠 pic.twitter.com/CSsQT7lCoo
— BF 18 (@FernandesThings) November 30, 2020
Salah seorang peminat memuat naik video tersebut di laman twitter, dan ianya dengan segera mendapat perhatian dari para peminat.
Ramai memuji mentaliti juara yang dipamerkan oleh Bruno Fernandes yang nyata tidak mahukan sekadar satu mata sahaja dan mahukan gol kemenangan.
Namun ketika mereka peroleh jaringan kemenangan, Bruno Fernandes antara pemain paling gembira meraikan jaringan tersebut dan ternyata beliau hanya akan berpuas hati seandainya pasukan beliau menang.
After Cavani scored the second goal, all of the players went to celebrate only Bruno Fernandes who doesn't celebrate with the team, He rather asked them to come back in to score the third goal.
What a mentality this player has! 🧠 pic.twitter.com/CSsQT7lCoo
— BF 18 (@FernandesThings) November 30, 2020
Setelah segala sikap positif yang dipamerkan oleh Fernandes, ramai yang beranggapan bahawa beliau selayaknya dipilih untuk menjadi ketua pasukan Manchester United.