[VIDEO] Bukan 1 Tapi 2 Kesilapan Tragis Keeper PDRM Berikan Kuching FA Kemenangan Sulung

Penjaga gol PDRM, Muhad Asri pastinya tak dapat tidur nyenyak malam tadi. Mana tidaknya, dia melakukan kesilapan penjaga gol / goalkeeper error yang ngeri ketika berdepan Kuching City.

Bukan satu tetapi dua kesilapan dia lakukan dan kedua duanya dihukum oleh pasukan lawan.

Kesilapan paling ngeri berlaku pada minit ke-4 perlawanan. Asri telah terlepas bola dari tangannya ketika cuba melakukan balingan, dan bola singgah tepat di kaki Adam Shreen yang terus menolak masuk.

Dan pada separuh masa kedua satu lagi kesilapan Muhd Asri yang gagal menangkap kemas, bola terlepas dan Kuching City menambah satu lagi gol menerusi Hudson Dias.

Mat Zan tidak mampu memberikan komen lebih lanjut, kerana bagi beliau apa yang berlaku sangat sukar diduga dan ianya sudah berlaku.

Mat Zan menyatakan bahawa, dua gol Kuching City adalah berpunca daripada kesilapan penjaga gol mereka.

“Nak tanya macamana [lagi] kan, benda dah berlaku. Jadi kalau kita tengok pun kan, pada minit ke-3, pada minit minit awal pun kita telah bagi gol kepada pihak lawan.”

“Gol pertama minit ke-3 dan gol kedua pada minit ke-46. Awal separuh masa pertama dan awal separuh masa kedua.”

“Kalau tengok gol kedua pun kesilapan penjaga gol juga.”

“Tetapi secara keseluruhan [tanpa melihat kesilapan penjaga gol], para pemain telah mencuba mencari gol. Dan cara kita main pun, saya rasa, boleh kata baik juga.”

“Kita ada possession, movement, cipta peluang. Kalau lihat minit minit akhir tu, Lazarus ada peluang terbuka untuk menjaringkan gol. Tetapi kita tak dapat menjaringkan gol penyamaan.”

“Jadi ini satu kekecewaan juga bagi saya.”

Mat Zan turut menyatakan Asri menerima hakikat bahawa dia melakukan kesilapan awal. Dan Mat Zan cuba menaikkan semangat penjag gol itu semula untuk menghadapi separuh masa kedua.

Ini adalah kemenangan pertama Kuching City musim ini. Dan mereka memintas PDRM dalam carta liga.

 

Baca yang lain

Mbappe Dah Peduli Dengan PSG?

Kylian Mbappe telah digantikan pada separuh masa ketika pendahulu Ligue 1, Paris St Germain terikat tanpa jaringan di bekas kelabnya Monaco. Namun