[VIDEO] Cara Dennis Rodman Buka Kotak Yeezy Buat Ramai Triggered Dan Dituduh Tak Beradab

Dennis Rodman merupakan bekas bintang NBA yang bertaraf legenda.

Dennis Rodman dikenali dengan permainan pertahanan dan kemahiran rebound yang baik.

Dan beliau menjadi pendahulu senarai rebound tertinggi NBA selama 7 tahun berturut-turut dan dianggap antara pertahanan terbaik dalam sejarah NBA.

Dia juga terkenal dengan sikap kontroversianya di dalam dan di luar gelanggang. Rodman berketinggian 203cm dan memiliki ramai peminatnya tersendiri. Rodman melakukan debut dalam arena NBA untuk pertama kalinya pada tahun 1986.

Seperti Michael Jordan, kariernya juga sinonim dengan Chicago Bulls.

Selain itu Dennis Rodman pernah beraksi dalam arena gusti juga tau.

Jadi, dengan status legendanya, tidak hairanlah dia menjadi antara selebriti yang menerima penghargaan khas daripda Adidas x Kanye West untuk memiliki koleksi Yeezy terbaru.

Namun cara Dennis Rodman membuka kotak kasut itu ternyata membuatkan ramai kecewa.

Dia koyak macam tu je kotak kasut eksklusif itu tanpa rasa bersalah. Mesti korang expect dia unbox produk macam selebriti Youtube yang lain kan?

Takde maknanya!

Nah!

Sebagai seorang otai, Dennis Rodman tak peduli sangat cara membuka kasut mahal itu.

Bleacher Report hanya mampu meletakkan emoji menangis pada video yang mereka muat naik di Twitter.

Malah ada yang menuduh Dennis Rodman sebagai sosiopat dengan cara membuka kotak seperti itu.

Bagi mereka Dennis Rodman tidak beradab dalam membuka kotak kasut tersebut.

Banyak lagi komen mempersendakan Dennis Rodman yang dianggap bukan membuka kotak tetapi mengoyak dan menghancurkan kotak.

Mungkin ini cara Dennis Rodman memakan burger keju beliau, kata seorang netizen lagi.

Selain itu, seorang lagi warganet menyatakan: “Itulah cara orang kaya membuka kotak.”

Ianya ibarat benda tu murah sahaja di mata mereka dan kotak itu tidak bernilai pun.

Dipetik dari Johns Byrne, portal tersebut menyatakan, cara terbaik membuka kotak sesebuah produk adalah dengan menunjukkan label kepada pengguna.

Memberikan informasi tentang jenama. Belek informasi lain pada luar kota dan kemudian barulah membukanya tanpa merosakkan kotak teresebut.

Seterusnya barulah memberikan informasi tentang produk dan cuba menaikkan keghairahan orang lain untuk mendapatkan produk tersebut.

Ramai manusia akan teruja dengan barang baru dan membuatkan mereka tidak membuka kotak dengan sebaiknya.

Tapi dalam kes Dennis Rodman, dia bukan teruja sangat pun dengan Yeezy tu. Dia cuma buka kotak ikut suka dia je kan?