[VIDEO] Casemiro Tersengih Minta Kebenaran Ancelotti Untuk ‘Pakuk’ Kaki Lawan

Casemiro cuba meminta kebenaran daripada Carlo Ancelotti untuk mengasari lawannya. Ini kerana pemain antarabangsa Brazil itu mahu mendapatkan kad kuning yang akan membolehkannya digantung dalam aksi menentang Inter Milan.

Jika Casemiro digantung pada aksi tersebut, kiraan kad kuning Casemiro akan bermula dari 0 sekali lagi pada aksi kalah mati.

Taktik ‘dark art’ yang sama pernah digunakan Casemiro dan Ramos mahupun Xabi Alonso sebelum ini. Ramos pernah menggunakannya beberapa tahun lalu ketika berdepan dengan Ajax.

Real Madrid ketika itu menang 2-1 ke atas Ajax dalam perlawanan peringkat 16 akhir pusingan pertama. Ramos dengan sengaja mendapatkan kad merah untuk memastikan dia terlepas perlawanan seterusnya dan berkira kira untuk bermain terus di separuh akhir tanpa sebarang kerisauan untuk kad kuning.

Namun UEFA ketika itu mengenakan penggantungan dua perlawanan kepada Ramos kerana sengaja mengutip kad merah itu. Lebih malang pada second leg Ajax bangkit dengan bergaya dan Ramos hanya menjadi penonton.

Kegilaan Mourinho

Beberapa tahun sebelum itu, pada era Mourinho, Kita semua tahu bahawa Jose Mourinho antara manusia yang paling menjengkelkan kadangkala dengan kelakuannya dalam bola sepak.

Selain daripada keraian penuh liar ketika menyingkirkan Barcelona dalam Liga Juara Juara Eropah di Nou Camp ketika bersama Inter Milan. Banyak lagi la benda dia buat membuatkan ramai menyampah dengannya.

Di kalangan momen itu, salah satu momen yang paling gila berlaku pada 2010 ketika dia menyuruh Xabi Alonso dengan sengaja mengundang kad merah untuk menjalani penggantungan.

Ketika itu Real Madrid sudah mendahului Ajax dengan 4-0. Mourinho menyedari bahawa Xabi Alonso dan Sergio Ramos sudah menerima kad kuning pertama. Satu lagi kad akan membuatkan Xabi digantung daripada perlawanan dan membersihkan kutipan kad disiplin.

Mourinho mahu Alonso Sergio Ramos menjalani penggantungan itu pada peringkat awal kalah mati.

Jadi, kesannya, kedua dua pemain itu akan digantung ketika menentang Auxerre yang dirasakan Mourinho perlawanan yang mudah berbanding perlawanan akan datang.

Mourinho memberitahu penjaga gol simpanan beliau tentang rancangan itu. Dudek kemudian berlari ke arah Casillas dan memberitahu rancangan jahat itu.

Casillas terus berbisik di telinga Ramos. Dan Ramos memberikan isyarat dia faham akan arahan itu walaupun agak terkejut.

Ketika bola mati di kawasan penjaga gol, Alonso tiba tiba mengambilnya. Dan beliau sengaja melengahkan perlawanan untuk menerima kad kuning kedua.

Ramos kemudian melakukan kesalahan yang sama di mana dia melengahkan sepakan gol itu. Ramos siap salam reff lagi tu:

Namun perancangan Mourinho itu telah mendapat kritikan dan kecaman ramai pihak. Lalu UEFA mengenakan tindakan disiplin atas alasan tidak mengamalkan fairplay.

UEFA mendenda Xabi Alonso dan Sergio Ramos sebanyak €20,000, Iker Casillas didenda €10,000 dan Jerzy Dudek didenda €5,000 euros.

Namun kad merah kepada Ramos dan Alonso tetap kekal. Tiada apa yang boleh dilakukan ke atasnya. Jawatankuasa disiplin kemudian mendenda Real Madrid €120,000.

Agak ironik apabila Sergio Ramos melakukan taktik serupa dengan sengaja mahu menerima kad merah pada 2019 – dan ianya, ya, menentang Ajax sekali lagi. Ramos dikenakan penggantungan dua perlawanan.

Ramos merasakan Real Madrid sudah berada dalam kedudukan terbaik untuk mara selepas menang 2-1 di Amsterdam. Namun siapa sangka, tanpa Ramos, Real Madrid ditapau skuad muda Ajax dengan kemenangan 4-1 di Bernabeu dengan Ramos menyaksikan kekalahan itu di tempat duduk penyokong.

Ancelotti tak sukakan taktik kotor

Berbalik kepada Casemiro, pemain itu mahu menggunakan pendekatan serupa ketika aksi kelima peringkat kumpulan menentang Sheriff. Di mana Real Madrid menang 3-0. Dan dia dengan sopannya meminta kebenaran Ancelotti.

Casemiro turut mengingatkan Ancelotti, dia hanya dipisahkan dengan 1 kad kuning terkumpul lagi daripada penggantungan.

Demi menjunjung prinsip fairplay, Carlo Ancelotti tidak membenarkannya. Di mana pengendali legenda dari Itali itu menggelengkan kepalanya berkata tidak, menjawab permintaan Casemiro itu.

Casemiro berkata: “Coach boleh tak kalau aku pakuk mana mana kaki pemain lawan untuk dapat kad kuning. Dengan itu boleh aku digantung lawan Inter dan bermain di pusingan kalah mati dengan kiraan kad 0 balik. Boleh ye?”

Ancelotti dengan tegas berkata: “Tak tak tak! Kau jangan sesekali buat macam tu, sengaja nak kad kuning. Main macam biasa je hanat”

https://youtu.be/JlB_Yqcu42k

Tindakan Ancelotti itu dipuji ramai pihak kerana dia tidak membenarkan perkara sebegitu berlaku di dalam padang. Beza beliau dengan pengurus lain sebelum ini.