[VIDEO] Cavani Mencipta Calon Goal Of The Season Yang Melemaskan Areola Tanpa Belas

Bintang Manchester United dari Uruguay, Edinson Cavani meneruskan kecemerlangannya bersama dengan United. Dalam aksi menentang Fulham, Cavani dengan jahatnya menewaskan bekas rakan sepasukannya, Areola dari tengah padang.

Cavani menjaringkan gol dengan melalukan lob dari jarak jauh memerangkap Areola yang terkeluar sedikit daripada kedudukan terbaiknya di depan gawang.

Sangat sukar untuk menafikan gol tersebut kerana ianya dilakukan dengan sempurna oleh Cavani.

Gol tersebut sangat istimewa kerana dilakukan di Old Trafford dalam keadaan stadium tersebut mengalu alukan semula kedatangan penyokong pada kapasiti terhad.

Peminat di dalam stadium rasa puas melihat bintang Uruguay tersebut memberikan hadiah istimewa di hadapan mata mereka.

Cavani membuatkan peminat United menjadi teruja di media sosial bercerita betapa pentingnya beliau musim ini kepada pasukan.

Ada yang memasukkan lagu Titanic untuk memastikan gol itu dihayati dengan lebih dramatik.

Gol Cavani itu sudah pasti dalam senarai untuk bersaing bagi kategori jaringan tercantik musim ini. Mana tidaknya, ianya memerlukan teknik dan kejituan yang tinggi untuk melakukannya. Berhadapan pula dengan penjaga gol seperti Areola.

Β 

Namun sayangnya United gagal mendapatkan gol kedua mereka dalam perlawanan ini. Malah mereka bolos pada minit ke-76 untuk membolehkan Fulham pulang dengan 1 mata dari Old Trafford.

Prestasi cemerlang Cavani dalam beberapa perlawanan terakhir ini pastinya membuatkan beliau dalam senarai teratas untuk menjadi calon kesebelasan utama aksi final Liga Europa musim ini.

Cavani minggu lalu mengesahkan bahawa beliau akan terus kekal semusim lagi bersama dengan Manchester United. Keputusan yang berat untuk diambilnya kerana dia awalnya mahu bermain di Argentina untuk berada lebih dekat dengan keluarganya.

Namun selepas Ole Gunnar Solskjaer berbincang secara peribadi dengan beliau, Ole berjaya meyakinkan Cavani untuk kekal semusim lagi. Ini kerana Ole berpuas hati dengan sumbangan Cavani sepanjang musim ini. Sama ada di atas padang ataupun di luar padang.

Di atas padang beliau masih lagi penyerang yang kompetitif. Di luar padang beliau menjadi mentor kepada pemain pemain muda.

Cavani ditandatangani Man United secara percuma sebelum ini. Beliau ketika itu dalam keadaan cedera. Walaupun sudah berusia, Cavani tetap menjadi calon signing of the season untuk EPL musim ini.