Presiden Atletico, Enrique Cerezo mengutuk Anfield sebagai stadium yang dah tua dan usang. Jika UEFA melakukan inspection, Anfield tak akan lepas pun daripada piawaian – menurut beliau.
Beliau berkata begitu selepas Jurgen Klopp mengalu alukan kedatangan Atletico ke Anfield dan merasai sendiri atmosfera di sana.
Atletico menang 1-0 ke atas Liverpool menerusi jaringan tunggal Saul Niguez.
Jurgen Klopp memuji atmosfera di Wanda Metropolitano kerana penyokong mereka benar benar memberikan tonik tambahan kepada pasukan mereka.
Namun Klopp menyatakan, Anfield apa kurangnya. Selepas ini, biar mereka pula merasakan atmosfera di sana.
Sambil Klopp menyatakan beliau tak perlu terlalu try hard macam Simeone nak menaikkan crowd di Anfield. Kerana Anfield memang akan sentiasa bising.
Kenyataan Klopp itu membuatkan Cerezo menyindir balik stadium markas Liverpool itu.
Cerezo berkata: “Anfield dan tua dan usang, ianya tak akan lepas pun pemeriksaan oleh UEFA.”
When will they ever learn… 👀 😂 https://t.co/tFeUGQjqVD
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 19, 2020
Cerezo kemudian menyatakan beliau sangat berpuas hati dengan Diego Simeone selepas kemenangan ke atas juara bertahan UCL Liverpool.
Beliau kemudian menepis dakwaan media yang melaporkan Atletico memberikan amaran kepada Simeone bakal dipecat jika kalah.
Ini selepas prestasi terumbang ambing Atletico meskipun sudah berbelanja besar.
Cerezo menganggap tuduhan itu tak berasas dan beliau mahukan Simeone kekal selama mana yang mampu di Atletico.
Cerezo juga mengingatkan Simeone bahawa misi mereka kali ini baru separuh selesai. Kerana masih ada perlawanan kedua di Anfield – di stadium yang dah tua.
Cerezeo berkata: “Saya sentiasa nyenyak tidur ketika menang dan ketka kalah.”
“Menurut media, seminggu lalu, kami semua sedang mati dan terkubur, dan kini kami sangat hidup.”
“Pasukan yang kami kalahkan hari ini adalah pasukan yang 30 perlawanan tak kalah dan ramai kata mereka adalah pasukan terbaik di dunia.”
“Kami gembira dengan keputusan ini, tetapi masih ada satu lagi perlawanan.”
Atletico Madrid president Enrique Cerezo is unfazed by Anfield's fear factor – 'It is great but old and probably wouldn’t pass the UEFA inspection', he said, reportedly in jest | @_chrisbascombe https://t.co/qmGAl0rwOI
— Telegraph Football (@TeleFootball) February 19, 2020
“Kami berjaya mendapatkan semula karakter kami, itu berita terbaik hari ini.”
“Simeone akan kekal bersama kita untuk tempoh yang sangat lama. Kita sudah ada jurultih yang hebat.”
“Beliau adalah seorang yang keras. Gembira melihat pasukan kami dan komitmen para penyokong.”
“Ianya spektakular.”
Seterusnya beliau mengutuk Anfield yang jauh bezanya dengan stadium serba mewah Wanda Metropolitano.
Atletico president Cerezo: "To see our fans so committed to the team was amazing. It was absolutely spectacular. Anfield is a great stadium but it’s old. It probably wouldn’t pass the UEFA's technical inspection if it had to do it." #LIVATM
LMAOOOOOOO pic.twitter.com/BSLrVZ9Lkn
— M•A•J (@Ultra_Suristic) February 19, 2020
Stadium yang baru siap beberapa tahu lalu dan dianggap antara yang terbaik di dunia pada ketika ini.
Cerezo berkata: “Anfield ni stadium yang hebat tetapi dan tua dan usang. Mungkin kalau UEFA buat pemerikssaan, ianya tak lepas [lulus] pun inspection UEFA. Jika UEFA membuat pemeriksaan!”
Atlético president Cerezo: "Anfield's very old, it wouldn't pass the UEFA inspection if it had to." https://t.co/tMskUQoHvW pic.twitter.com/JPgRot4Xzk
— AS English (@English_AS) February 19, 2020
Perlawanan kedua di antara Liverpool dan Atletico akan berlangsung 3 minggu lagi. Masih ada banyak masa untuk kedua dua pasukan mempersiapkan diri.
Liverpool akan fokus kembali kepada EPL dan begitu juga Atletico yang mahu meperbaiki prestasi mereka di peringkat domestik.