[VIDEO] Chandler ‘Menidurkan’ Ferguson Dengan Front Kick Ke Muka

Michael Chandler telah mengejutkan dunia di UFC 274, dengan KO kejam dilkakukannya ke atas Tony Ferguson.

Chandler terus menikmati karier yang indah dalam francais MMA no.1 dunia itu iaitu UFC.

Menewaskan Tony Ferguson juga merupakan rekod yang bagus untuk diisi dalam cv beliau.

Kekalahan Ferguson itu membuatkan ada segelintir peminat UFC menyarangkan agar dia bersara sahaja.

Pertarungan sengit

Chandler ‘menidurkan’ Tony Ferguson dengan tendangan tinggi yang kuat dan terus menamatkan pertarungan di pusingan kedua.

Tony Ferguson datang ke dalam pertarungan dengan rekod kekalahan tiga pertarungan, tetapi kelihatan mengagumkan pada pusingan pertama.

Kedua dua petarung berjaya memberikan aksi pusingan pertama yang memukau.

Ferguson yang pernah digelar sebagai petarung terbaik untuk menewaskan Khabib Nurmagomedov ketika prestasi kemuncak mereka, telah mengasak Chandler dengan beberapa pukulan besar yang menyebabkan dia terhuyung-hayang.

Chandler bagaimanapun berjaya bertahan dan pulih dengan baik dan memperoleh power-double yang mengagumkan yang meletakkan Tony di dalam masalah.

Tony berjaya menangani kerosakan / damage tersebut dengan merentap Chandler dengan slicing elbow.

Apabila buzzer dibunyikan pada penghujung pusingan pertama, kedua-dua petarung itu berdarah dan memerlukan perhatian rapi oleh petugas pembantu mereka di sudut masing masing.

KO pusingan kedua

Tidak lama selepas buzzer untuk pusingan kedua kedengaran, Chandler melihat peluang untuk sepakan hadapan yang tinggi dan terus menutup peluang Tony Ferguson untuk melakukan apa apa.

Ferguson mungkin harus lebih baik dalam menangani situasi itu. Jelas sekali respon dan refleks dia sangat lambat.

Sepakan itu benar-benar dahsyat, Tony terbaring tidak bermaya di atas kanvas ketika Chandler melakukan somersault meraikan kemenangannya. Dengan Tony Ferguson terus tertiarap terus tak sedarkan diri menghiasi latar belakang detik beliau girang meraikan kemenangannya.

Melihat Tony Ferguson terbaring dan wajahnya mencium gelanggang, lalu pertarungan dihentikan, ia adalah perkara yang jarang berlaku.

Jadi, peminat menyatakan bahawa era Ferguson sudah berakhir. Hal inikerana, dalam karier panjangnya, dia hanya pernah dihentikan bertarung sebanyak sekali sahaja sebelum ini dalam Oktagon UFC.

Saksikan detik di mana Tony Ferguson tersungkur terkena sepakan deras daripada Michael Chandler.

Chandler mahu bertemu bintang kelas A termasuk McGregor

Dalam temu bual epik selepas pertarungan dengan Joe Rogan, Chandler mengakui bahawa dia hampir tidak berlatih tendangan depan itu, tetapi perlu melakukan sesuatu secara spontan untuk memperbaiki prestasinya pada pusingan kedua dan cuba memberikan impak kepada Ferguson.

Michael Chandler meminta perlawanan semula dengan Charles Oliveira atau Justin Gaethje, atau sebagai alternatif, pertarungan 170 dengan Conor McGregor.

Perjalanan karier yang mengagumkan untuk bekas juara Bellator, yang meneruskan usahanya menjadi  yang terbaik dalam kelas berat ringan.

Sementara itu Tony Ferguson sekali lagi perlu pergi ke hospital selepas pertarungan itu dan kemudian disalah telah keluar daripada hospital sebaik sahaja selesai menerima rawatan dan pemerhatian rapi ke atas tahap kecederaannya.

Tony Ferguson dianggap antara pertarung terbaik dalam sejarah UFC. Dan seringkali dianggap petarung yang paling berpotensi merampas kejuaraan dan memberikan kekalahan pertama kepada Khabib Nurmagomedov sebelum ini.

Gaya pertarungannya yang agresif membuatkan dia memiliki ramai peminatnya tersendiri.

Namun malangnya, Khabib Nurmagomedov vs Ferguson dianggap pertarungan epik yang tak pernah berlaku. Ini selepas 5 kali pertarungan di antara mereka dibatalkan atau ditangguhkan. Sehinggalah Nurmagomedov bersara beberapa tahun yang lalu.

Ya lima kali ada pelbagai sebab dan alasan.