[VIDEO] Chicharito Minta Maaf Terbuka Selepas Buat Antara Panenka Paling Teruk

Javier Hernandez – atau Chicharito telah meminta maaf kepada semua penyokong LA Galaxy selepas dia melakukan salah satu aksi penalti panenka paling teruk dalam sejarah.

Chicharito seringkali menjadi watak paling boleh harap di LA Galaxy.

Pemain berusia 34 tahun itu berpeluang untuk menjaringkan gol daripada sepakan penalti dan menjadi gol kemenangan pada masa kecederaan.

Bukan itu sahaja, jika penalti itu masuk, Chicharito akan menjaringkan hatrik dalam perlawanan tersebut.

Dia sudah mecetak gol pertama pada minit ke-4 perlawanan. Namun dibalas oleh Johnny Russell menerusi penalti minit ke-67. Sporting KC kemudian mendahului menerusi Felipe Hernandez pada minit ke-76.

Penyerang Mexico itu menyamakan kedudukan dengan sepakan penalti yang cemerlang pada minit ke-88 dan kemudian diberikan peluang keemasan untuk memenangi perlawanan untuk pasukannya apabila LA Galaxy dianugerahkan sepakan penalti kedua.

Chicharito yang melakukan penalti deras pada penalti pertama telah memilih untuk melakukan Panenka pada penalti kedua. Tetapi ianya dilakukan dengan sangat teruk.

Penjaga gol John Pulskamp tidak percaya bahawa dia sebenarnya bernasib sangat baik untuk menangkap bola sepakan yang sangat jinak itu.

Chicharito sendiri malu dengan panenka yang dilakukannya terus menunjukkan isyarat mengangkat tangan tanda minta maaf.

Selepas perlawanan tamat, dia turut meminta maaf di hadapan kamera menerusi laman media sosial rasmi kelabnya: “Kita mempunyai satu peluang terhidang untuk mendapatkan tiga mata, kita tidak dapat memanfaatkannya… Saya bertanggungjawab, saya minta maaf.”

“Dua minggu lalu elok je Panenka tu menjadi dengan baik, tapi kali ini ia tidak jadi pulak. Saya perlu melihat ke hadapan, memikul tanggungjawab dan terus meningkatkan usaha dan bekerja.”

Baca yang lain