Ianya bukan perlawanan yang mudah. Namun gol chip Juan Mata itu pula nampak sangat mudah kerana ianya dilakukan ketenangan dan keyakinan yang ada pada pemain paling berpengalaman di atas padang untuk pasukan United itu.
Manchester United turun dalam perlawanan ulangan Piala FA berhadapan dengan Wolves selepas aksi mereka terikat sebelum ini.
Ole Gunnar Solskjaer seperti dijangka akan menggunakan peluang ini untuk merehatkan David De Gea dan memberikan peluang kepada Sergio Romero.
Romero memiliki rekod luar biasa sebagai penjaga gol kedua untuk United, terutama sekali dalam cup competitions.
Mata Pemenang Perlawanan
Juan Mata berjaya menjadi pemenang perlawanan (match winner) untuk aksi Piala FA yang berlangsung di Old Trafford ini.
Pemain tengah dari Sepanyol itu menjaringkan gol tunggal pada babak kedua untuk memastikan Manchester United layak ke pusingan keempat.
United akan menentang sama ada di Tranmere Rovers ataupun Watford, selepas perlawanan di antara dua pasukan tersebut ditunda.
Juan Mata melakukan penamat cemerlang pada babak kedua selepas Man United bergelut pada aksi 45 minit pertama.
Nothing to separate us at the interval.#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) January 15, 2020
Wolves terlebih dahulu membuka tirai jaringan, melalui Pedro Neto. Namun Man United bernasib baik keranaVAR untuk membatalkan gol tersebut. Pesta keraian gol penyokong Wolves ditamatkan oleh VAR.
Aksi cemerlang Juan Mata terus menjadi perbualan. Sebelum ini beliau beraksi cemerlang berhadapan dengan Norwich dengan mencipta 2 gol untuk rakannya.
Beliau kini sudah terlibat secara langsung dalam 3 daripada 5 gol terakhir Manchester United. Membuktikan bahawa Juan Mata dalam prestasi terbaik.
Juan Mata has now been directly involved in three of the last five goals Man Utd have scored.
🅰️🅰️ vs. Norwich
⚽️ vs. WolvesThe spark they needed. ✨ pic.twitter.com/xqHbxngYKd
— Squawka Football (@Squawka) January 15, 2020
Ole Gunnar Solskjaer melakukan dua pertukaran selepas sejam perlawanan dengan membawa masukMarcus Rashford dan Andreas Pereira, dan mengeluarkan Daniel James dan Mason Greenwood.
Ole mahukan lebih dinamik di barisan serangan Man United. Beliau mahu menyelesaikan urusan perlawanan ini secepat mungkin.
M A T A
O
T
M@JuanMata8 has been voted tonight's star man! 🌟#MUFC pic.twitter.com/reOhuTLcJU— Manchester United (@ManUtd) January 15, 2020
Kecederaan Rashford
Namun agak malang buat Rashford yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-79 kerana mengalami kecederaan.
Never want to feel like I’ve let my teammates, the club and most importantly the fans down so did my very best to carry on tonight and was gutted to come off.
Top work from the lads to get into the next round 👊🏿 pic.twitter.com/ZLpxiqhtq3
— Marcus Rashford (@MarcusRashford) January 15, 2020
Pastinya penyokong Man United berharap pemain itu tidak mengalami kecederaan serius. Beliau sedang berada dalam prestasi terbaik dalam hidupnya pada musim ini.
Wolves melakukan beberapa siri ancaman pada lewat perlawanan, cuba mencari gol penyamaan dalam aksi ini.
United mara
Namun begitu, prestasi Sergio Romero terus memastikan rekod cemerlang beliau dalam cup competition dengan satu lagi clean sheet.
Korang saksikan gol cantik Juan Mata yang membawa United mara ke pusingan keempat di bawah ni:
Ice cold from @juanmata8 🥶#EmiratesFACup @ManUtd pic.twitter.com/uF743VPOZO
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) January 15, 2020
Maklumat perlawanan
Man United: Romero, Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire (C), Williams, Matic, Fred, Greenwood (Andreas 64), Mata, James (Rashford 64 (Lingard 79), Martial.
Pemain gantian tidak digunakan: Grant, Dalot, Jones, Chong.
Gol: Mata 67′
Wolves: Ruddy, Dendoncker, Coady (C), Saiss, Doherty, Neves, Moutinho, Jonny (Vinagre 74), Traore (Buur 87), Jimenez, Neto (Gibbs-White 71)
Pemain gantian tidak digunakan: Patricio, Bennett, Kilman, Ashley-Seal.
Kehadiran: 67,025