[VIDEO] Comeback Is Real: Screamer Lanzini Berikan Bala Pada Hari Kepulangan Bale

Lanzini melakukan satu screamer yang bakal diingatinya seumur hidup.

Gol yang menyaksikan West Ham berjaya mengikat Spurs 3-3 pada masa kecederaan.

Lanzini masuk sebagai pemain gantian dan menjadi nadi penting pasukannya dalam melengkapkan kebangkitan.

Spurs memulakan perlawanan seperti pasukan juara dengan mendahului 3-0. Seolah olah West Ham bakal ditimpa bala lebih besar pada separuh masa kedua dengan Bale dilihat sudah melakukan warming up.

Spurs di hadapan seawal minit pertama perlawanan menerusi Son Heung Min.

Kane kemudian menambah 2 lagi gol untuk memastikan Spurs 3-0 di hadapan menjelang rehat separuh masa.

Pada separuh masa kedua, Spurs kelihatan sudah ada sikap terbuai buai dengan pendahuluan 3 gol.

Mourinho memberikan debut kepulangan semula Gareth Bale pada baki kurang 20 minit perlawanan.

Bale terus mengancam gol dengan sepakan percuma.

Lawan mereka meningkatkan lagi intensiti dan kerja keras. Segalanya bermula apabila West Ham membuka tirai jaringan mereka pada minit ke-82 menerusi Balbuena.

3 minit kemudian Davinson Sanchez tertanduk bola ke gawang sendiri.

Pada masa kecederaan, West Ham mendapat sepakan percuma. Dengan Spurs gagal mengeluarkan bola dengan baik. Lalu Lanzini merembat dengan first time shot yang padu.

Kini Lanzini sudah memiliki 10 gol daripada 26 aksi dalam derbi London. Menjadikan beliau sebagai penggemar derbi London berbanding perlawanan lain.

Teknik yang sangat sempurna dilakukan Lanzini yang sebelum ini pernah menjadi rebutan banyak kelab elit eropah. Namun kecederaannya membuatkan beliau sukar untuk terus menawan hati kelab lain.

Lihat screamer yang memberikan bala pada hari kepulangan Bale.

Gol yang memberikan keriangan luar biasa kepada David Moyes.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3. Spurs mempersiakan peluang untuk meletakkan diri di kedudukan lebih baik selepas beberapa pasukan besar keciciran mata semalam.

Baca yang lain