Kisah Olimpik dan inspirasi tidak dapat dipisahkan. Dalam beberapa minggu ini kita mendengar kisah inspirasi atlet negara lain. Misalnya Katarina Thompson yang menamatkan perlumbaan walaupun cedera dan diarahkan naik ke kerusi roda.
Seterusnya Adam Gemili memilih untuk memulakan perlumbaan walaupun hamstringnya cedera.
Sekarang ini, rakyat Malaysia, Shah Firdaus juga mengukir kisah inspirasi yang menarik untuk kita dengar.
Dalam acara Keirin di Tokyo 2020, Shah Firdaus turun selepas gagal untuk mara lebih jauh dalam acara sprint.
Di mana sebelum ini, Shah turut terlibat dalam satu kemalangan dalam sesi repechage.
Dalam cara Keirin, Shah Firdaus terlibat dalam satu lagi kemalangan. Dan kali ini kelihatan lebih serius.
Rakyat Malaysia sudah ramai mendoakan Shah Firdaus agar cepat sembuh ini selepas pelumba tersebut mengalami kecederaan dalam saringan.
Semua peminat sudah menerima bahawa Shah Firdaus perlu berehat kerana mengalami kecederaan.
Shah Firdaus tidak dapat memulakan perlumbaan semula bagi saringan tersebut. Di mana menurut laporan oleh wartawan Arena, Shah Firdaus diminta untuk tidak memulakan perlumbaan tersebut kerana ada kecederaan di bahagian rusuk serta kulitnya terkoyak. Bahunya kesakitan.
Namun Shah Firdaus dilaporkan mahu meneruskan perlumbaan. Mungkin beliau memikirkan ini adalah peluang seumur hidup dalam debutnya di Olimpik.
Shah Firdaus kemudian mendapat lampu hijau dari Institut Sukan Negara (ISN) untuk beraksi di repechage.
Dalam saringan repechage, Shah Firdaus pada awalnya tersepit di kelompok tengah. Dan paling mendebarkan, pada satu ketika Shah Firdaus hampir terlibat kemalangan sekali lagi, namun mujur mengelaknya.
Ketika perlumbaan menuju ke garisan penamat, Shah Firdaus melakukan pecutan bertenaga dan akhirnya menamatkan saingan di tangga kedua.
Shah Firdaus mengiringi Azizulhasni Awang berjaya mara ke suku akhir acara Keirin. Di mana acara tersebut akan berlangsung Ahad.
Saksikan detik kebangkitan luar biasa itu di sini.
Selamat maju jaya kepada kedua dua pelumba dalam misi menambah pingat untuk negara.
Kemaskini terbaru daripada Arena menyatakan bahawa Shah Firdaus menjalani pemeriksaan lanjut di hospital selepas kemalangan tersebut.
TERKINI: SHAH FIRDAUS menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital akibat kecederaan yang menimpa dirinya tadi.
.
Semoga tiada kecederaan serius menimpa diri beliau #sokongmalaysia #ganbattemalaysia— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 7, 2021
Buat Shah Firdaus, apa yang paling penting sekarang adalah kamu baik baik sahaja!