Video: Corner Taken Quickly, Kroos!!

Kita nampaknya sudah ada versi baru sepakan penjuru segera ‘corner taken quickly’. Sebelum ini Trent Alexander-Arnold Ketika aksi berhadapan Barca dalam aksi UCL musim lalu

Kali ini versi Toni Kroos, terus masuk dan melemaskan penjaga gol.

Pemain tengah dari Jerman itu dengan tanpa was was terus merembat masuk ke gawang gol.

Ketepatan sepakan melengkung itu memang padu tak boleh bawa bincang.

Toni Kroos melihat peluang yang ada dan berfikir serta bertindak dengan sangat cepat dalam aksi berhadapan Valencia pada kejohanan Piala Super Sepanyol.

Perlawanan separuh akhir ini berlangsung di Arab Saudi pada semalam.

Sepakan penjuru terus Kroos itu memerangkap penjaga gol Valencia, Jaume Domenech pada minit ke-15 perlawanan.

Bola tu cantik je melencong dan terus masuk. Korang tengok ni:

Ianya telah menjadi bualan hangat di seluruh dunia.

Keupayaan individu yang cerdas dalam berfikir dan tindakan yang pantas diambil dengan teknik yang hebat.

Selain daripada gol tersebut, Isco dan Luka Modric turut menjaringkan gol untuk Real Madrid. dalam aksi ini.

Sementara itu Dani Parejo menjaringkan gol sagu hati untuk Valencia. Real Madrid menang 3-1.

Real Madrid akan beraksi di final. Mereka akan menunggu pemenang di antara Barcelona dan juga Atletico.

Ini peluang Real Madrid merasai semula piala selepas musim lalu mereka kemarau trofi.

Zinedine Zidane terpaksa dibawa masuk semula untuk membantu membangkitkan semula Real Madrid. Musim ini mereka masih lagi berada dalam saingan kejuaraan Liga.

Real Madrid dan Barcelona ketika ini sama sama hebat di atas carta liga.

Real Madrid berbelanja besar pada awal musim ini.

Namun ada beberapa pembelian mereka tidak dapat beraksi dengan lebih banyak dari kecederaan. Terutama sekali pembelian termahal mereka Eden hazard.

Valencia tampil dalam kejohanan ini sebagai juara Copa Del Rey.

Piala Super Sepanyol kali ini diadakan di Arab Saudi. Mereka menjana pendapatan sekitar €40 juta ataupun sekitar RM182 juta.

Banyak kan?

Pasti ramai mengharapkan ada pertemuan el clasico di final. Dan Atleti sudah bersedia mahu menghentikannya.

Atletico juga memiliki kualiti pasukan yang sangat baik.

Paling menarik, mereka akan berhadapan dengan pasukan yang mereka tuduh menggunakan jalan belakang untuk memanipulasi perpindahan Griezmann untuk mengelak klausa pelepasan lebih mahal.

Baca yang lain