[Video] Costa Teruja Berganding Dengan Suarez: “Seorang Menggigit, Dan Seorang Lagi Menendang Orang”

Diego Costa dengan nada berseloroh menyatakan dia sangat suka bergandingan dengan Luis Suarez pada musim ini.

Suarez yang menyertai Atletico Madrid, kini bergandingan dengan Diego Costa di dalam satu pasukan.

Semua orang tahu reputasi bad boy yang ada pada kedua dua pemain ini di dalam karier mereka.

Diego Costa kelihatan amat teruja untuk menyambut kehadiran Luis Suarez ke Atletico Madrid.

Costa yakin bahawa dia akan membentuk kombinasi yang mantap dan saling melengkapi di barisan serangan.

Costa menyatakan beliau menerima hakitat bahawa kedua dua mereka seringkali dikaitkan dengan kontroversi di atas padang

Lalu dia bergurau, dengan menyatakan dia percaya bahawa gabungan Suarez dan dirinya sangat sesuai untuk menakutkan lawan: seorang daripada mereka menendang orang dan seorang lagi menggigit orang.

Dalam wawancaranya selepas tamat aksi kemenangan membelasah Granada semalam, Costa berkata

“Saya suka Luis Suarez. Ini sangat bagus, salah satu daripada kami akan menggigit orang, dan seorang lagi menendang [orang].”

Costa kemudian kehairanan kenapa Barcelona melepaskan Luis Suarez.

“Saya tidak tahu mengapa Barca melepaskannya, tapi itu mereka punya pasal lah [bukan urusan saya].”

“Dia mempunyai semangat juang yang tinggi untuk memenangi piala, mudah-mudahan kami dapat memberikannya kepada para peminat,” tambah abang Costa lagi.

Suarez menikmati debut sempurna bersama pasukan baharunya.

Di mana beliau menjaringkan dua gol dan satu assist. Beliau juga mencipta sejarah selaku pemain Atleti pertama di era moden yang menjaringkan gol dan mencetak assist dalam perlawanan debut.

Suarez hanya beraksi 20 minit di atas padang, namun terus memberikan impak segera.

Suarez berkata dia sangat gembira di Atletico.

“Sangat bagus, saya sangat gembira untuk debut ini, dan untuk tiga mata ini. Apabila anda membuat debut dan dapat membantu pasukan dengan gol, anda akan sentiasa gembira,” kata Suarez.

“Ini adalah momen penting di mana saya memerlukan udara segar yang baharu, penting untuk mengubah dan menyesuaikan diri.”

“Saya datang untuk menyertai kelab yang menyambut saya dengan baik, suasananya sangat baik sejak awal dan ini menunjukkan di atas padang,” jelas Suarez yang menerima pujian dari seantero dunia kerana kecemerlangannya.

Suarez dan Costa pasti akan membuatkan derbi Madrid musim ini lebih panas. Ditambah pula mereka berdua di bawah kendalian Diego Simeone.

Baca yang lain