Amri Yahyah menjaringkan gol pertama dalam aksi Selangor berhadapan dengan Sabah.
Amri Yahyah yang boleh dianggap legenda Selangor telah menghantui pasukan lamanya dengan kecerdasan individu.
Amri menggerakkan bola dari sayap kiri dan beliau dengan tenang melakukan cut inside. Mungkin Khairul Azhan menjangkakan Amri akan pergi mencari far post.
Tidak! Dengan liciknya Amri meleretkan ke near post dan melepasi celahan kaki pertahanan Selangor dan masuk.
Saksikan di sini kelicikan Amri.
31' GOL | Gol pertama Amri Yahyah untuk Sabah FC memberi kelebihan kepada pasukan pelawat!@selangorfc 0-1 @SabahFCofficial #LigaSuper2021 pic.twitter.com/YdYzN3hhh3
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 23, 2021
Malangnya Amri tidak dapat meneruskan perlawanan dan dikeluarkan pada separuh masa kedua.
Selangor kemudian membalas dengan dua gol menerusi Ifedayo. Gol pertama adalah hasil pergerakan Nor Hakim Hassan. Bola hantaran beliau termuntah dari tangan penjaga gol Sabah dan Ifedayo mudah menolak masuk.
57' GOL | Ifedayo Omosuyi menyamakan kedudukan untuk Selangor!@selangorfc 1-1 @SabahFCofficial #LigaSuper2021 pic.twitter.com/SKq3VlTQrt
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 23, 2021
Gol kedua Selangor adalah kegeniusan Shahrel Fikri yang melakukan cip pendek menemui Ifedayo yang melakukan off ball running. Mudah untuk Ifedayo menjaringkan gol.
72' GOL | "Finishing" yang tenang oleh Ifedayo untuk gol kedua Selangor!@selangorfc 2-1 @SabahFCofficial #LigaSuper2021 pic.twitter.com/4qNBkMu6RB
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 23, 2021
Tetapi Selangor dihukum oleh Sabah menerusi sepakan penjuru. Di mana Sabah berjaya mencuri 1 mata menerusi Bobby Gonzales. Pemain pemain Selangor gagal melakukan marking lebih baik.
88' GOL | Tandukan Bobby Gonzales menyamakan kedudukan untuk Sabah!@selangorfc 2-2 @SabahFCofficial #LigaSuper2021 pic.twitter.com/2aYog8RH7m
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 23, 2021
Tamat perlawanan, Selangor 2 Sabah 2. Selangor sekali lagi keciciran mata dalam saingan liga pada musim ini.