[VIDEO] Cut Inside Jahat Oleh Amri Dan Leretan Ke Near Post Hiasi Aksi Seri Selangor v Sabah

Amri Yahyah menjaringkan gol pertama dalam aksi Selangor berhadapan dengan Sabah.

Amri Yahyah yang boleh dianggap legenda Selangor telah menghantui pasukan lamanya dengan kecerdasan individu.

Amri menggerakkan bola dari sayap kiri dan beliau dengan tenang melakukan cut inside. Mungkin Khairul Azhan menjangkakan Amri akan pergi mencari far post.

Tidak! Dengan liciknya Amri meleretkan ke near post dan melepasi celahan kaki pertahanan Selangor dan masuk.

Saksikan di sini kelicikan Amri.

Malangnya Amri tidak dapat meneruskan perlawanan dan dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Selangor kemudian membalas dengan dua gol menerusi Ifedayo. Gol pertama adalah hasil pergerakan  Nor Hakim Hassan. Bola hantaran beliau termuntah dari tangan penjaga gol Sabah dan Ifedayo mudah menolak masuk.

Gol kedua Selangor adalah kegeniusan Shahrel Fikri yang melakukan cip pendek menemui Ifedayo yang melakukan off ball running. Mudah untuk Ifedayo menjaringkan gol.

Tetapi Selangor dihukum oleh Sabah menerusi sepakan penjuru. Di mana Sabah berjaya mencuri 1 mata menerusi Bobby Gonzales. Pemain pemain Selangor gagal melakukan marking lebih baik.

Tamat perlawanan, Selangor 2 Sabah 2. Selangor sekali lagi keciciran mata dalam saingan liga pada musim ini.

Baca yang lain