[VIDEO] Dalam Analisisnya, Aguero Pernah Ingatkan Argentina Tentang ‘Pressing’ Dan No.10 Arab Saudi

Beberapa bulan lalu Sergio Aguero pernah membuat satu analisis tentang pasukan Arab Saudi. Dan ternyata legenda Manchester City itu sudah memberikan amaran kepada Argentina awal awal tentang ancaman taktikal pasukan tersebut.

Pada bahagian pertama, Aguero menjelaskan tentang high pressing Arab Saudi. Dia berkata:

“Korang tengok sini, high pressure berlaku, tengok pertahanan mereka sedang melakukan pressing.”

“Ini adalah high pressure, sila waspada dengan taktikal ini.”

Pressure bermaksud tekanan individu ke individu. Pressing adalah tekanan secara berpasukan.

Dalam aksi Arab Saudi dan Argentina, pemain mereka agresif pergi menekan pemain lawan secara 1 lawan 1 dan sangat keras.

Pada  masa yang sama mereka bergerak sebagi unit untuk menaikkan garis belakang untuk high pressing.

Aguero menambah: “Hati hati Scaloni oii [nama coach Argentina]. Saya akan berikan kamu segala butiran penting. Jadi nanti kamu tak perlu cakap apa apa.”

“Cuma tunjukkan sahaja video analisis saya ni pada bebudak tu.”

Pada bahagian kedua analisisnya, dia menjelaskan tentang perangkap ofsaid Arab Saudi. Dia menasihati pemain pemain Argentina agar sentiasa peka dengan garisan ofsaid.

Argentina beberapa kali diperangkap ofsaid oleh Arab Saudi termasuk 1 gol dibatalkan kerana ofsaid.

“Dan di sini, lihat sini, ini menunjukkan bahawa sangat penting bermain dalam satu garisan,” kata Aguero merujuk kepada keupayaan Arab Saudi sentiasa bermain dalam satu garisan pertahanan.

“Sayang sekali, sikit lagi.”

“Lepas tu korang tengok pemain tengah mereka, di mana pressuring tu dibuat sekarang, wow!,” Aguero kekaguman melihat 2 pemain tengah mereka meluru melakukan desakan individu dan mengambil risiko.

Aguero menganggap Arab Saudi pasukan yang berani mengambil risiko. Prinsip yang sama diterapkan Bielsa dan Guardiola.

Selain itu dia juga menasihati Argentina agar waspada dengan pemain no.10 Arab Saudi. Dalam bahagian ketiga, Aguero mahu Scaloni ingat dengan 1 nama iaitu Al Dawsari. Dia harus dikawal dan matikan ancaman dia segera.

Menariknya, Al Dawsari adalah penjaring gol kemenangan Arab Saudi dengan kelincahannya. Dibiarkan memiliki bola di zon bahaya.

Aguero berkata: “Awas dengan pemain no.10 ni, tulis nama dia [Scaloni], no.10 ni Al Dawsari.”

“Baguslah no.10 ni melakukan kerja dia. Ingat NOMBOR 10, SEPULUH!”

“Bentes no.10 tu [jika perlu].”

“Bermain dengan Arab Saudi, kamu harus mengawal no.10 mereka ni. Kecil je orangnya,” kata Aguero yang merujuk kepada pemain bertitik graviti rendah biasanya sangat sukar dikawal kerana lincah.

Saksikan:

 

Ternyata Aguero memiliki penaakulan taktikal yang sangat baik. Dan dia boleh menjadi pundit yang luar biasa nanti. Siapa tahu dia bakal menjadi pengurus dan pakar taktikal yang akan mengendalikan pasukan Argentina suatu hari nanti.

Baca yang lain