Manchester City menggunakan sistem low blocker pada wall dengan satu lapisan seorang pemain berbaring.
Zinchenko melakukan tugasan murni itu untuk pasukannya. Ketika pasukannya sedang menyusun atur benteng pertahanan, Zichenko kelihatan sukar memahami apa yang dikatakan oleh Ederson.
Lalu Dias berpaling dan memberikan pertolongan. Mungkin Dias faham apa yang dikatakan Ederson. Lalu dialihkannya Zinchenho sedikit dengan menarik kepala pemain itu.
Detik kelakar itu membuatkan netizen agak terhibur.
Selamber je dia tarik kepala anak orang macam tu. Dan macam nak alihkan barang je dia buat.
Petrit berkata: “Ruben Diaz mengalihkan Zinchenko macam mengalihkan batu bata adalah perkara paling kelakar anda lihat hari ini.”
Video tersebut dikongsikan ramai di media sosial yang tidak tahan nak gelak melihat perkara itu.
Ruben Dias moving Zinchenko like he was a brick is the funnies thing you’ll see today. #LIVMCI pic.twitter.com/ntmDiMI3XY
— Petrit (@Petrit2010) February 7, 2021
Zinchenko pula hanya merelakan dirinya ditarik sebegitu rupa. Yang penting mendapat kedudukan terbaik dalam meembina benteng pertahanan tersebut.
Ruben Dias dragging Zinchenko by the head into position was by far the best moment of that half. pic.twitter.com/qI658bcgGz
— Football Ramble (@FootballRamble) February 7, 2021
Just @RubenDias moving Zinchenko with his head in the #ManCity wall. pic.twitter.com/eMjfIGW6d2
— Man City Report (@cityreport_) February 7, 2021
Ruben Dias dikenali dengan gaya permainan yang kental dan sangat serius dalam padang. Jadi dia nak memastikan wall dibuat sebaik baiknya dengan segera. Kerana dia masih perlu berada di wall hadapan untuk menyusun atur.
Perlawanan separuh masa pertama berlangsung dengan sengit. Dan berakhir dengan 0-0. Ilkay Gundogan mempersiakan peluang terbaik untuk menjaringkan gol menerusi penalti.
Di mana beliau melakukan penalti yang lemah dan tak tepat – selepas Sterling dijatuhkan Fabinho.