[VIDEO] Dan Bagaimana Divock Origi Boleh Tergagal Skor Peluang Ini?

Dalam bola sepak, apabila anda tidak menjaringkan gol, bermakna anda tidak akan menang.

Dan satu lagi peraturannya, jika tak dapat skor gol jangan bolos. Liverpool tanpa ragu melanggar kedua dua pantang larang asas itu.

Ketumpulan barisan serangan Liverpool terus menjadi topik panas di sebalik prestasi kurang meyakinkan The Reds musim ini.

Menurut sumber Opta: Serangan Liverpool kini sudah 7.3 jam tak jumpa di mana gol. Bersamaan dengan 438 minit lamanya.

Dalam tempoh tersebut sebanyak 72 percubaan ke arah gol dilepaskan oleh mereka.

Dengan memiliki front 3 yang cemerlang dalam beberapa musim ini, ianya sesuatu yang sukar untuk ditelan.

Ini adalah pertama kali Liverpool mencatatkan rekod seburuk itu sejak Mei 2000.

Pasukan seperti Burnley sememangnya menggunakan pendekatan defensif yang ketat sendat dan padat. Ditambah dengan prestasi cemerlang penjaga gol dan pertahanan mereka.

Nick Pope melakukan enam saves dalam kemenangan bersejarah mereka. Saves terbanyak dilakukan oleh penjaga gol lawan dalam aksi di Anfield sejak Fraser Forster pada Mei 2017. Di mana Forster melakukan 8 saves untuk mengikat Liverpool.

Pope memiliki kesemua set jawapan untuk Liverpool dan membantu pasukannya menang.


Sementara itu, Ben Mee menjadi pertahanan paling sibuk dan paling kental. Di mana beliau melakukan 14 clearances. Paling banyak direkodkan oleh seorang pemain  dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Jadi, apabila berdepan dengan pasukan yang kental bertahan, setiap peluang itu sangat berharga.

Liverpool ada peluang keemasan pada separuh masa pertama menerusi Divock Origi yang berdepan dengan Nick Pope secara satu lawan satu.

Ianya berpunca daripada kesilapan lawan. Origi berlari dalam situasi 2 lawan 1. Tidak ada masalah pun dia mengambil keputusan untuk merembat walaupun ada Mane di sebelah.

Yang menjadi masalah, bola tak masuk dan terkena palang. Satu lagi hukum kejam dalam bola sepak, bola terkena palang ataupun tiang adalah off target!

Ada yang menganggap kegagalan Origi ni ibarat kegagalan dalam permainan FIFA.

Origi merembat terlalu kuat bola tersebut. Membuatkannya tidak melencong masuk.

Dengan penjaga gol yang sudah bersedia untuk menutup ruang, amat penting menghalakan bola ke penjuru sukar.

Lihat aksi daripada Luis Suarez ini:

Bukaan badan dan juga teknik yang berkesan membuatkan bola melencong dengans sebaiknya.

Kegagalan menyempurnakan peluang itu juga memberikan isyarat kepada dunia bahawa fokus para penyerang Liverpool ketika ini tidak berada di tahap optimum.