[VIDEO] Davies Melompat Kegirangan, Bukan Pack FUT Terus Dapat Messi

Alphonso Davies sebelum ini memang pernah mengakui bahawa dia memang meminati Lionel Messi. Di mana beliau telah menewaskan idolanya itu ketika Bayern Munich berdepan Barcelona pada separuh akhir sebelum ini.

Bayern ketika itu menang 8-2 ke atas Barcelona. Dan Davies menjadi nadi penting Bayern dalam perlawanan tersebut serta membawa pulang UCL pulang ke Jerman.

Selepas tamat perlawanan Davies cuba meminta jersi Messi namun sayangnya pemain Argentina itu tidak melayannya.

Davies bagaimanapun menyatakan dia faham kenapa Messi tidak melayannya.

Davies berkata: “Mungkin sebab Messi agak kecewa pada masa itu, saya faham. Mungkin lain hari saya akan dapat [tukar jersi dengan Messi].”

Davies yang baru berusia 20 tahun dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan sisi terbaik di dunia pada ketika ini.

Di luar bola sepak profesional, Davies suka meluangkan waktunya untuk berhubung dengan peminat menerusi Twitch menerusi channel ‘thatboydavies19’.

Davies sama seperti pemuda 20-an yang lain, suka bermain video game terutama sekali FIFA. Itu tidak mengejutkan kerana dia memang pemain bola sepak.

Dalam satu siaran twithc beliau, Davies membuka pek FUT di hadapan peminat beliau di alam maya.

Belum habis pun Davies bercakap, di skrinya sudah terpampang wajah Messi. Dan pemain antarabangsa Kanada itu terus hilang akal menjerit kegirangan.

Davies seakan akan tidak percaya bahawa beliau terus mendapat Messi pada kali ini. Pemain yang memiliki rating yang sangat tinggi dan juga legenda di arena bola sepak antarabangsa.

Davies kembali ke kerusinya dan chanting: “Messi, Messi, Messi.”

Memang sukar nak mengawal emosi kalau korang dapat Messi dalam Gold Pack 7.5k.

Saksikan detik gila itu di sini. Namun saya sarankan korang slowkan sikit volume fon korang terutama yang pakai fon telinga tu. Jeritan ni terlalu power.

Saksikan:

Sebelum ini peminat Davies tersenyum melihat telatah pemain itu bangkit daripada ketinggalan 2-0 dan kemudian menang 3-2. Di mana Davies meraikannya dengan penuh semangat dan emosi.

Nampaknya Davies benar benar serius dalam FIFA ni kan.

FIFA merupakan salah satu permainan genre sukan yang paling popular di dunia. Namun baru baru ini, EA Sports menyatakan bahawa mereka terpaksa menukar nama FIFA kepada EAFC pada masa akan datang kerana isu kontrak.

EA Sports dilaporkan tidak setuju dengan harga yang terlalu tinggi diminta FIFA.

FIFA minta terlalu tinggi hak perlesenan

Teka teki berapa jumlah yang diminta oleh FIFA daripada EA untuk hak perlesenan pemain dan kelab dalam permainan video akhirnya terjawab.

Sebelum ini, EA Sports memberikan bayangan bahawa permainan video bola sepak mereka di masa akan datang tidak akan menggunakan nama FIFA lagi.

Footyheadlines melaporkan bahawa EA akan menggunakan nama EAFC 23 bukannya FIFA 23 selepas ini.

EA Sports sudah mengeluarkan kenyataan tentang penjenamaan semula, walaupun belum mengesahkan namanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pelancaran FIFA 22 baru baru ini. Di mana pembangun permainan video tersebut berkata:

“Kami sedang memandang ke hadapan, di samping meneroka idea untuk menjenamakan semula permainan bola sepak EA Sports kami.”

“Ini bermakna kami sedang mempertimbangkan isu berkaitan kontrak hak cipta nama permainan tersebut dengan FIFA.”

EA Sports dikatakan sudah tak tahan dengan sikap FIFA yang meminta jumlah yang terlalu tinggi untuk menggunakan nama FIFA dalam permainan mereka.

Jika ini berlaku, ianya akan melibatkan perubahan pada banyak aspek dalam permainan. Ini termasuk perjanjian hak perlesenan dengan kelab dan persatuan bola sepak.

Bermakna peminat FIFA akan merasai apa yang dirasai pemain pemain Pro Evo sebelum ini yang terpaksa melihat nama pelik pelik pada pasukan dan pemain.

Dan kemungkinan terpaksa mencari patch untuknya. Selain itu, nama nama stadium juga akan terkesan.

Tetapi EA Sports menolak dakwaan itu dan mengesahkan bahawa mereka sudah ada hak perlesenan dengan 300 tajaan eksklusif dengan individu dan 17,000 atket melibatkabn 700 pasukan, 100 stadium dan 30 liga seluruh dunia.

Bukan itu sahaja rumors terbaru juga meramalkan langkah ini mungkin akan membawa kepada permainan free to play di atas talian sama seperti PES yang kini dikenali eFootball.

FIFA cekik darah

Berapa agaknya angka yang diminta oleh FIFA daripada EA?

New York Times mengesahkan bahawa ada konflik di antara EA dan juga FIFA yang membuatkan pengeluar permainan video itu menyatakan bahawa selepas ini mereka tidak akan menggunakan nama FIFA lagi dalam video game bola sepak mereka.

EA tidak berpuas hati dengan nilai hak cipta yang terlalu tinggi diletakkan FIFA kepada mereka. Dilaporkan bahawa FIFA meminta $1 billion untuk kontrak setiap 4 tahun daripada FIFA. Bermakna setahun FIFA meminta $250 juta ataupun RM1.04bn.

Jumlah itu dikatakan terlalu tinggi oleh EA. Dan mereka terpaksa melepaskan jenama FIFA daripada permainan video mereka.

FIFA memang dikenali dengan sikapnya yang cekik darah. Sebelum ini Zlatan Ibrahimovic pernah mengutuk FIFA yang dikatakan sewenang wenang menjadikan dia sebagai ‘harta’ FIFA di alam maya.

Baca yang lain