[VIDEO] Davies Menciduk Messi, Vidal, Semedo, Assist Kimmich & Mendapat Penampar Lewandowski

Meep meep! Kata Thomas Muller ketika berkongsi satu tweet daripada Gary Lineker yang memaparkan aksi Alphonso Davies yang mencipta assist untuk gol Kimmich.

Meep meep adalah gambaran Muller kepada Davies sebelum ini. Menyamakan pemain muda itu dengan roadrunner yang laju selepas aksi berdepan Borussia Dortmund.

“Alphonso, yeah dia bermain dengan kerja keras dan power, memiliki power yang kuat. Ketika lawan dia merasakan, saya ada masa, kemudian, meep meep meep meep, the roadrunner [pun datang].”

Menurut Muller, walaupun Davies kerap berada di posisi yang tidak tepat di atas padang, namun beliau tetap berjaya menebusnya kerana ada kepantasan yang sangat luar biasa serta pemain yang rajin.

Bekas penyerang Man United, Romelu Lukaku pun memuji Davies pada ketika itu dahulu:

Aksi pecutan Alphonso Davies itu memang luar biasa. Beliau memiliki acceleration yang sangat cepat. Pada masa yang sama memiliki sentuhan yang kemas.

Davies vs Barca

Davies sekali lagi menunjukkan aksi cemerlangnya dalam perlawanan ini. Walaupun pada usianya sangat muda, Davies sudah menunjukkan keyakinan dan kematangannya.

Salah satu aksi terbaiknya adalah ketika Davies menewaskan Semedo dengan gelecekan beliau di garisan padang serta byline.

Sebelum itu beliau melepasi Messi dan Arturo Vidal terlebih dahulu di tengah.

Davies ternyata terlalu ‘panas’ untuk dikawal oleh Semedo yang terjatuh ketika cuba mematikan langkah pemain itu. Davies melepasi Semedo dan kemudian mencipta assist kepada Joshua Kimmich.

Akibat geram melihat kelakuan pemain berusia 19 tahun itu, Lewandowski telah memberikannya penampar tanda keraian.

Bayern menang 8-2 dalam aksi ini yang ternyata sangat kejam buat kelab sebesar Barcelona untuk telan.

Kimmich sendiri rasa malu nak meraikan gol itu kerana dia merasakan kredit adalah milik sepenuhnya Davies.

“Itu sukar dipercayai. Saya sendiri agak malu nak raikannya. Beliau mendapat 99 kredit daripada gol ini.”

“Saya hanya menerima bola di atas garisan.”

Rio Ferdinand menganggap tindakan Davies itu benar benar mengaibkan Semedo dan menyatakan, jika beliau di tempat Semedo, beliau tak akan keluar di IG untuk beberapa hari.

Statistik Davies berdepan dengan Barcelona memang sangat luar biasa.

Ini bukan pertama kali Davies membuli lawannya dalam perlawanan besar. Malah sudah beberapa kali musim ini. Antaranya detik beliau memecut bak kereta sukan ketika berdepan dengan Chelsea.

Sebelum perlawanan Davies menyatakan bahawa ayahnya menghubungi kerana teruja kerana Davies bakal berdepan dengan idolanya Lionel Messi.

“Ayah saya call saya dan dia seperti: ‘Jadi kamu akan menentang pemain kegemaran kamu, saya tahu.’ Saya kata: Ya! Dan kami berdua bergelak.”

“Kami berdua seolah olah tak percaya. Kerana ayah tahu saya mengikuti aksi Messi sejak saya masih kecil.”

Davies pastinya menjadi salah seorang bakat yang sangat diberikan perhatian di Eropah pada ketika ini.

Bayern Munich mara ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah musim ini.

Lawan mereka adalah pemenang di antara Lyon vs Man City.

Baca yang lain