[VIDEO] De Paula Raikan Gol Dengan Simbol 2 Dan ‘Dislike’, Berkaitan Tunggakan Gaji?

Perak semalam melakukan kebangkitan yang mendebarkan ketika menang 3-2 ke atas UiTM FC. Skuad Perak terlebih dahulu ketinggalan.

Pasukan Perak melalui minggu yang sukar. Apabila ejen pemain mereka mendedahkan pemain tak dibayar gaji. Tunggakan gaji dilaporkan sudah dua bulan.

Walaupun gaji sangkut sekalipun, para pemain Perak ternyata tidak mahu menghampakan peminat yang hadir buat pertama kali selepas sekian lama tidak dibenarkan masuk stadium kerana pandemik.

Namun UiTM terlebih dahulu di hadapan menerusi Nana Poku daripada titik penalti.

Nana Poku sekali lagi menewaskan Hafizul Hakim pada minit ke-40 selepas perangkap ofsaid pemain pemain Perak rosak dan diatasi.

Mujur Perak berjaya merapatkan jurang gol menerusi Careca pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, para pemain Perak ternyata menunjukkan semangat juang tinggi. Hasilnya, mereka mendapat penalti selepas Leandro dijatuhkan. Bintang naturalisasi Harimau Malaya, Guilherme De Paula berjaya menyempurnakan gol paling penting pada malam tadi untuk Perak.

Keraian De Paula

Paling mencuri tumpuan, De Paula menunjukkan isyarat 2 dan dengan dislike. Ramai berpendapat ianya mesej kritikan terbuka kepada pengurusan kerana tunggakan gaji 2 bulan.

Di media sosial, keraian itu dibincangkan dengan hangat sekali.

Gol tersebut menjadi tonik berharga buat Perak yang mendapat gol kemenangan menerusi Carca selepas penjaga gol UiTM FC gagal menyelamatkan bola yang sepatutnya beliau boleh selamatkan.

Selain daripada keraian De Paula perlawanan semalam juga diwarnai dengan berita bahawa kain rentang dinaikkan para penyokong Perak diarahkan untuk diturunkan.

Para penyokong mengecam pengurusan yang menurut mereka masih di takuk lama dengan tulisan: ‘100 yrs is nothing if f****** same thing again’ ataupim  ‘100 tahun penubuhan pasukan pun tiada gunanya jika benda sama berulang’.

Dengan kemenangan tersebut, Perak menduduki tangga kelapan dengan 8 mata. Sementara itu UiTM FC pula masih berada di dasar liga.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang