[VIDEO] Debut Solo Logan Paul Buat Peminat WWE Menyesal Kecam Dia Sebelum Ini

YouTuber Logan Paul sebelum ini pernah menjadi peninju. Dan kemudian menukar kariernya kepada gusti profesional. Dia menyertai WWE secara rasminya.

Namun ketika WWE mengumumkan kehadirannya, ramai peminat mengecam Logan Paul, menganggap dia bakal menjadi perosak. Menuduh dia jenis sauk semua job asal ada duit.

Kemudian, lebih menyakitkan hati, apabila dia terus diberikan kad perlawanan yang besar menyertai pasukan The Miz berlawan dengan Rey dan Dominik Mysterio.

Beberapa minggu lalu, Paul berkongsi pengumuman bahawa dia menyertai WWE dengan peminatnya sendiri, Paul menulis di Instagram: “Baru sahaja menandatangani dengan @WWE.”

YouTuber dan podcaster sensasi itu berkongsi foto lawatannya ke ibu pejabat WWE, dengan satu gambar menunjukkan bintang itu bergambar dengan mesej tulisan tangan kat kertas A4 untuk The Miz, berikutan pertemuan mereka di Wrestlemania selepas ini.

Dia menulis: “COMING 4 U @MIZ,” ataupun diterjemah “AKU DATANG KAT ENGKAU MIZ.”

Paul digambarkan menandatangani kontraknya bersama Paul Levesque, aka Triple H, yang berkhidmat sebagai naib presiden eksekutif untuk Global Talent Strategy & Development, dan isterinya Stephanie McMahon yang merupakan ketua pegawai eksekutif sementara untuk WWE.

Logan Paul mengakui ianya satu perkara yang menyeronokkan kerana dia sudah lama meminati WWE.

Bintang media sosial itu sebelum ini telah bekerjasama dengan The Miz untuk menentang superstar bertopeng legenda Rey Mysterio dan anaknya Dominik di acara pameran WWE. Peminat kagum dengan persembahan Logan ketika itu yang dianggap sangat semulajadi.

Paul dan The Miz muncul sebagai pemenang pada malam pertama WrestleMania 38, sebahagian besarnya hasil daripada usaha pendatang baru.

Walaubagaimanapun, selepas The Showcase of the Immortals kemenangan mereka ke atas Mysterios, The Miz berpaling tadah dan menjatuhkan Paul dengan Skull-Crushing Finale.

Selepas banyak spekulasi bahawa mereka mungkin sekali lagi bergandingan, Paul menjelaskan dia akan kembali semula ke ring untuk membalas dendam di SummerSlam pada 30 Julai. Dia mahu membalas dendam dengan pengkhianatan The Miz.

Debut aksi solo

Jadi, pada minggu ini dia diberikan debut aksi solo berdepan dengan bekas rakan sepasukannya, The Miz.

Dia memasuki arena ditemani bunyi boo. Namun segalanya berubah apabila Logan mempamerkan kemampuannya melakukan beberapa executions dengan sangat baik. Peminat segera terhibur dan bersorak untuknya.

Dia melakukan beberapa gerakan termasuk leg lock, forearm, serta aksi frog splash yang dilakukan tanpa kekok. Pada akhirnya, dia menewaskan The Miz dengan gerakan signature penggusti itu sendiri iaitu Skull Crushing Finale.

Di media sosial para peminat memberikan tabik hormat kepada Logan Paul.

Ada yang berkata: “Saya tak suka Logan Paul, kenapa kamu terus membuatkan saya tak suka kamu sebab ternyata kamu begitu bagus dalam perlawanan ini.”

Seorang lagi terpaku dengan berkata: “Kau biar betul Logan Paul?”

Marc Raimondi berkata: “Logan Paul tidak berhak untuk menjadi sebegini bagus dalam gusti pro, tapi dia memang bagus.”

Saksikan sendiri dia melakukan beberapa siri maneuver di sini:

Elmo Henderson berkata: “Tak minat sangat mamat ni, tapi ini sangat mengagumkan.”

Apa komen korang? Padu tak debut solo dia?

Tahun lalu, Paul memulakan kerjaya tinju ketika dia menentang Floyd Mayweather dalam satu pameran. Dia berjaya menyaingi bekas juara dunia itu apabila pertandingan berakhir dengan seri.

Mayweather unggul dengan rekod tumbukan lebih banyak. Namun peraturan khas ketika itu, Mayweather harus menjatuhkan Logan secara KO.

Pertarungan tersebut diadakan pada 7 Jun 2021 lalu di Stadium Hard Rock. Tidak ada pemenang dalam pertarungan ini kerana peraturan yang mengatakan bahawa pemenang ditentukan hanya oleh KO dalam 8 pusingan.

Dengan aksi yang kurang sejam tersebut Mayweather dilaporkan mendapat $132 juta /RM543.91 juta.