Teknologi kini semakin canggih dan begitu juga dengan perisian komputer serta telefon pintar. Namun rasanya ramai sudah pernah mendengar tentang deepfake bukan?
Deepfake adalah satu perisian yang membolehkan korang edit video dengan salin dan tampal wajah orang lain.
Sebelum ini Hollywood sudah mengumumkan mereka mahu ‘menghidupkan’ semula James Dean untuk berlakon dalam filem era moden hari ini.
The team responsible for resurrecting the actor for an upcoming war movie plans on bringing more dead celebrities back to the screen. https://t.co/OZladtpbr3
— One Perfect Shot (@OnePerfectShot) December 28, 2019
Seorang pengguna YouTube, Ctrl Shift Face telah menyunting video dengan wajah Sylvester Stallone sebagai Kevin.
Kevin watak dalam filem Home Alone sememangnya ramai yang kenal. Dan kini korang akan melihat aksi Sylvester Stallone dengan wajah babyface pula memainkan peranan itu.
Sudah beberapa video lain yang dia hasilkan sebelum ni termasuk Arnold Schwarzeneger dalam filem No Country For Old Man.
Ini pula versi Leoardo Di Caprio.
Lihat perbandingan beliau di sinni:
Dia turut menunjukkan hasil kerjanya dengan menampal wajah Freddie Mercury. Ia jauh lebih real daripada Rami Malek dalam filem Bohemian Rhapsody.
Kalau korang pergi ke saluran YouTube dia ni memang akan layan la. Ini dia buat Sylvester Stallone jadi Terminator.
Sempena Hari Natal yang lalu, Ctrl Shift Face telah memuat naik video khas berjudul Home Stallone.
Video deepfake itu mendapat sambutan luar biasa dan ramai yang terhibur. Sylvester Stallone menggantikan Macaulay Culkin sebagai Kevin.
Stallone dengan wajah garaunya menjadi budak kecil yang tinggal bersendirian di rumah.
Jom layan:
Deepfake ini sebenarnya banyak juga kemudaratannya jika disalahguna. Telah banyak video dihasilkan dan disebarkan di media sosial yang membuatkan ramai tertipu.
Ianya boleh menjadi senjata yang paling bahaya kerana ramai yang ketika ini masih meletakkan video sebagai sumber yang paling dipercayai.