[VIDEO] Depay Dah Turun Berlatih Bersama Atletico Walaupun Perpindahan Tak Rasmi Lagi

Memphis Depay memang sudah bersungguh sungguh mahu ke Atletico Madrid pada Januari ini.

Depay sudah diberitahu oleh Xavi bahawa dia tidak berada di dalam perancangan pengurus itu.

Namun Xavi menegaskan pada pra musim lalu, Depay akan terus dilayan sama seperti pemain lain selagi lagi dia pemain Barcelona.

Terdapat perjanjian khas antara Barca dan Depay di mana kelab itu berjanji akan melepaskan Depay ke mana mana kelab yang dia suka.

Barca sebenarnya terdesak mahu menjual Depay kerana mahu mengurangkan bil gaji pasukan. Depay bukan pemain utama Xavi.

Namun perpindahan ke Atletico tak semudah disangka.

Ini kerana Barcelona tiba tiba mahukan perjanjian pertukaran pemain. Barca mahukan Yannick Carrasco sebagai ganti.

Ejen kepada Carrasco menyatakan kliennya berminat dengan idea itu. Namun yang mengejutkan adalah Carrasco pula menafikan dia mahu ke Barca.

Carrasco menegaskan dia selesa di Atletico Madrid.

Jadi, ianya telah membuatkan rundingan antara Barca dan Atletico untuk Depay sangkut sikit la.

Namun Atletico sudah mengorak langkah lebih positif dalam perpindahan Depay.

Hal ini kerana pemain antarabangsa Belanda itu berminat mahu ke Atletico.

Atletico dan Depay dilaporkan sudah mencapai kesepakatan untuk terma peribadi.

Kini tinggal kelab yang akan menentukan bagaimana dengan nilai perpindahan.

Lebih menarik, Depay diberikan pelepasan khas oleh Barca agar dia tidak menyertai latihan bagi membolehkan dia berunding dengan Atletico.

Barca dikatakan  meminta €3 juta untuk perpindahan pemain itu.

Setibanya di Atletico, bukan sahaja setakat berunding. Depay malah turun berlatih sekali. Depay benar benar berharap perpindahan ini akan diselesaikan segera agar dia dapat melakukan debut serta merta.

Atletico kemudian memuat naik kenyataan rasmi menyatakan bahawa Depay sudah mendapatkan kebenaran daripada Barcelona untuk berlatih bersama Atletico Madrid.

Baca yang lain