[VIDEO] Detik Air Mata Jantan Suarez Bercucuran Meninggalkan Nou Camp Kerana Kasihnya Kepada Barca

Luis Suarez tidak dapat menahan rasa sedih dan air matanya ketika dia meninggalkan kompleks latihan Barcelona untuk kali terakhir.

Suarez sah akan meninggalkan Blaugrana dengan perpindahan ke Atletico Madrid.

Marca melaporkan, walaupun Suarez dipulaukan oleh Koeman, diarahkan berlatih berasingan, namun pemain itu sentiasa hadir ke latihan.

Dan pada pagi Rabu Suarez datang ke pusat latihan berlatih bersama rakan rakan dia yang lain seperti biasa.

Ianya peluang untuk Suarez untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan rakan lain terutama sekali kawan karibnya Lionel Messi.

Perpisahan itu menjadi emosional kerana Suarez sudah enam tahun bersama dengan Barcelona.

Itu adalah masa terpanjang dalam karier bola sepaknya berbanding kelab lain yang pernah diwakilinya selama ini.

Emosi terpancar di wajah ketika Suarez meninggalkan tempat latihan Barcelona di keretanya sekitar jam satu petang.

Dia masih kelihatan menangis ketika itu. Mana taknya, beliau sangat sayangkan Barca dan banyak kenangan bersama kelab itu.

Suarez memilih untuk menyertai dengan Atletico setelah kekuatannya tidak lagi diperlukan oleh Barcelona Ronald Koeman.

Suarez bermain 283 perlawanan di Barcelona, ​​dia menjaringkan 198 gol. Menjadikan beliau penjaring gol ketiga tertinggi dalam sejarah Blaugrana.

Rumit juga perpindahan Suarez

Perpindahan penyerang Barcelona, ​​Luis Suarez ke Atletico Madrid berada dalam situasi rumit sebelum ini.

Bermula dengan Koeman yang memberitahu Suarez menerusi telefon bahawa pemain itu harus angkat kaki.

Namun Suarez kemudian dikatakan diberikan sedikit harapan apabila situasi Lionel Messi diselesaikan.

Suarez disuruh berambus

Suarez malah menyatakan dia mahu terus kekal di Barca. Suarez malah menganggap rumors ke kelab lain sebagai fake news.

Namun selepas itu, Suarez diarahkan berlatih sendiri dan tidak dengan pasukan.

Lebih kejam Barcelona menamatkan kontrak Luis Suarez dan membenarkan beliau pergi secara percuma.

Lalu pemain itu mulai dikaitkan dengan perpindahan ke Itali dan beberapa kelab lain termasuk Atletico.

Bartomeu block Suarez

AS dari Sepanyol mengeluarkan laporan bahawa Bartomeu secara drastik dan tiba tiba telah menyekat langkah tersebut.

Bartomeu dilaporkan tidak akan menamatkan kontrak Luis Suarez jika dia bergabung dengan Atletico, yang kebetulan merupakan salah satu saingan utama Barcelona dalam Liga Sepanyol.

Ini bermakna Luis Suarez tidak boleh pergi ke sana.

Masih menurut AS, sebagai sebahagian dari perjanjian penamatan kontrak dengan Suarez, terdapat beberapa kelab yang disenarai hitam yang tidak dapat menjadi kelab baru pemain tersebut.

Bartomeu dilaporkan telah menambah nama Atletico Madrid ke dalam senarai.

Ini bermakna kedua-dua kelab mesti secara rasmi mencapai kesepakatan untuk perpindahan Suarez dengan melibatkan yuran perpindahan.

 

Ramai peminat Barcelona sangat marah dengan Bartomeu yang melayan Suarez tak ubah seperti anjing menurut mereka. Sedangkan pemain itu adalah antara pemain yang boleh dikatakan legenda.

Ada yang merasakan, biarkan saja Suarez pergi ke mana saja dia suka.

Suarez akhirnya berjaya ke Atletico

Atletico akhirnya terpaksa membayar €6 juta kepada Barca selepas Bartomeu berkeras mahukan bayaran perpindahan, jika Suarez ke kelab itu.

Atletico sudah mengumumkan kesepakatan dengan Luis Suarez.

Barcelona sedangn mempersiapkan upacara perpisahan dengan Luis Suarez di Nou Camp.

 

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi