[VIDEO] Detik Alisson Buat Error Yang Gila Ketika Sweeping Bola

Jika sebelum ini Alisson melakukan 2 kesilapan dan kedua duanya dihukum pasukan lawan.

Dalam aksi berdepan dengan Leicester Alisson sekali lagi melakukan error ketika cuba melakukan sweeping.

Liverpool terlebih dahulu mendahului menerusi Mohamed Salah dengan satu skill set menarik daripada Firmino yang melakukan heel trick.

Liverpool bergelut sepanjang perlawanan untuk menembusi gawang Leicester. Di mana The Reds mendominasi segenap penjuru padang.

Sehinggalah pada minit ke-57, bintang Brazil melakukan heel trick yang memukau untuk mencipta peluang gol kepada rakannya Mohamed Salah.

Mohamed Salah tidak perlu mengawal bola sesedap rasa itu.  Beliau terus melencongkannya dengan controlled shot yang memukau menewaskan Kasper Schmeichel.

Persis bermain permainan video FIFA Street kata seorang warganet.

Namun tidak lama selepas itu Leicester membalas dengan gol sepakan percuma James Maddison pada minit ke-78.

Momen paling ngeri berlaku pada minit ke-81. Apabila Alisson cuba mengeluarkan bola dengan keluar daripada kotaknya.

Dan bertembung dengan Ozan Kabak. Alisson dihukum Jamie Vardy yang mudah menolak bola ke gawang yang ternganga.

Leicester menyerang balas dengan pantas sebaik sahaja merampas bola dari kaki pemain Liverpool.

Peraturan penjaga gol itu mudah, apabila keluar untuk memenangi bola, maka penjaga gol harus memenangi bola. Jika tidak, apa sahaja alasannya, penjaga gol yang bertanggungjawab.

Leicester mencatatkan satu lagi gol menerusi Harvey Barnes untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Liverpool kalah 3 perlawanan berturut turut buat pertama kali sejak 2014. Ketika itu mereka diuruskan Brendan Rodgers.

Liverpool terus mencatatkan rekod buruk pada tahun ini. Hanya Newcastle yang kalah lebih banyak daripada mereka.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di