[VIDEO] Detik Azizulhasni Raih Perak Beberapa Meter Terakhir Dalam Final Dramatik

Pelumba no.1 acara velodrome negara, Datuk Azizulhasni Awang menutup kempen team Malaysia di Tokyo 2020 dengan kejayaan mendapat pingat perak dalam acara keirin.

Azizulhasni Awang mara selaku pemenang heat kedua dalam aksi separuh akhir, selepas seorang lagi peserta negara, Shah Firdaus terpaksa akur kerana gagal mara lebih jauh kerana kesakitan dialaminya.

Azizulhasni Awang menjadi harapan negara dengan statusnya yang gah, pernah menjadi juara dunia. Beliau merupakan ayam tambatan untuk Malaysia memenangi sesuatu pada kali ini.

Ketika dilepaskan, para pelumba awalnya kekal dalam kelompok. Namun ketika menuju loceng pecutan, Jason Kenny menggunakan strategi luar biasa dengan mulai mengayuh dengan pace maksimum menjarakkan diri beliau daripada pelumba lain.

Bukan perkara yang mudah untuk Kenny mengekalkan pace beliau ketika dikejar dari belakang. Namun pelumba Britain itu berjaya memastikan satu lagi emas untuk negaranya.

Persaingan merebut perak menjadi sangat dramatik. Datuk Azizulhasni berjaya memastikan perak milik Malaysia dengan menewaskan pesaingannya – Lavreysen – pada beberapa meter terakhir.

Ternyata final ini serba serbi menarik. Di mana taktikal luar biasa membantu Jason Kenny merangkul emas.

Manakala semangat luar biasa Azizulhasni membolehkan beliau uprage pencapaian gangsa di Rio kepada emas di Tokyo 2020.

Rakyat Malaysia ternyata meraikan kejayaan Azizulhasni yang memberikan pingat kedua buat negara dalam aksi Olimpik kali ini selepas gangsa acara badminton beregu lelaki.

Datuk Azizulhasni dihujani ucapan tahniah dan terima kasih. Beliau ternyata telah memberikan inspirasi dan kebangaan kepada ramai rakyat Malaysia.

Saksikan detik tersebut di sini:

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai