Video: Detik Bangga Anak Vietnam – Doan Van Hau Melakukan Debut Di Belanda

Bukan kaleng-kaleng bang oi, anak Vietnam melakukan debut beliau bersama Heerenven SC sebentar tadi di Belanda dalam piala domestik mereka Piala TOTO KNVB.

Doan Van Hau, bintang dari Vietnam yang menyertai Heerenven secara pinjaman dari Hanoi SC pada September lalu telah diberikan debut rasmi oleh pasukan tersebut.

Beliau masuk pada babak akhir perlawanan di mana Heerenven menang 2-0 ke atas Roda JC.

Seluruh stadium memberikan tepukan kepada pemain Vietnam dan bintang Asia Tenggara itu yang membantu negaranya mengakhiri kemarau emas Sukan SEA – baru-baru ini.

SC Heerenveen 2 Roda JC 0

Penjaring; 44′ Van Bergen , 55′ Veerman

Jom saksikan detik bersejarah pemai kelahiran Vietnam ini melakukan debut tersebut:

Don Van Hau dibawa masuk menggantikan Sherel Floranus pada minit ke-89.

Para penyokong Heerenven sudah ada chant untuk Don Van Hau sebagai tanda alu-aluan dan sokongan kepada bintang Vietnam itu.

Ternyata ianya malam yang indah untuk diraikan peminat bola sepak Vietnam dan juga keluarga Doan Van Hau yang melihat pemain muda itu merumput di Belanda.

Merinding wei tengok sambutan macam ni daripada fans Heerenven SC.

Diharap debut ini akan menjadi titik tolak kepada karier yang lebih besar, salah seorang prospek dari Asia Tenggara ini.

Karier

Doan Van Hau lahir pada 19 April 1999. Beliau merupakan pemain yang boleh bermain di posisi bek kiri ataupun bek tengah.

Beliau bermain untuk Hanoi FC dan kemudian menarik perhatian Heerenven pada 2019. Van Hau kemudian mendapatkan kontrak pinjaman di Belanda bersama pasukan Heerenven.

Van Hau sudah mewakili Vietnam di kesemua peringkat remaja, belia dan juga pasukan senior.

Pada 2017, Van Hau menjadi pemain pasukan utama paling muda dalam skuad Hanoi FC, baru berusia 17 tahun.

Doan Van Hau kemudian menjadi pemain paling muda melakukan debut dalam liga Vietnam.

Van Hau membantu Hanoi FC menang V League pada 2018 dan Vietnamese Super Cup.

Tahun 2018 juga Van Hau menjadi pemain kesebelasan terbaik tahunan Liga Vietnam.

Kejayaan Van Hau dieksport ke liga Belanda ini membuktikan bola sepak Vietnam sedang berada dalam landasan yang sangat baik ketika ini.

Kredit kepada persatuan bola sepak mereka dan juga cikgu Park Hang Seo yang menjadi ‘brain’ kepada pembangunan bola sepak Vietnam.

Mereka kini sudah beberapa kali berada di ranking 100 teratas dunia. Memang jelas mereka sudah jauh daripada negara lain di Asia Tenggara, termasuk Thailand.

Vietnam kini sedang meneruskan kesinambungan projek mereka yang sudah bermula beberapa tahun lalu.

Dan kini mereka sedang menuai hasilnya.

Diharap Van Hau dapat sukses berkarier di Belanda seperti mana Fandi Ahmad satu ketika dahulu.

Atas semangat Asean, kita tumpang gembira dan berharap ada anak Malaysia berjaya melakukan debut selepas ini di pentas seperti itu.

Baca yang lain