[VIDEO] Detik Bautheac Ter-‘Accident’ Meleretkan Panenka, Lantas Menjadikannya Panenka Paling Bergaya

Semua orang mahu melakukan momen yang akan diingati di atas padang terutama sekali pemain bola sepak profesional ini termasuk ketika mengambil sepakan penalti.

Antara teknik yang popular termasuk panenka. Panenka merujuk kepada penalti yang dilob dengan satu sentuhan minimum ke atas bola.

Namun risikonya sangat besar. Kalau tersilap teknik ataupun dibaca penjaga gol, mudah sahaja momen itu akan menjadi momen memalukan.

Safawi Rasid antara mangsa kepada kegagalan panenka ini.

Kita imbas detik panenka yang dilakukan dengan sepakan yang tak betul, namun tetap menjadi panenka paling bergaya setakat ini.

Pemain asal Perancis, Eric Bautheac melakukan tendangan penalti panenka yang tidak masuk akal pada 2019. Dia melakukan panenka rendah ataupun leret. Biasanya panenka dibuat dengan lob ke kanan atau ke kiri.

Bautheac yang kini berusia 34 tahun beraksi untuk Cyprus.

Ketika dia melakukan penalti panenka leret itu, Bautheac beraksi untuk Brisbane Roar di Liga Australia.

Dalam kedudukan 2-2, Bautheac meletakkan pasukannya di hadapan ketika berdepan dengan Adelaide United – ianya dilakukan dengan panenka.

Kelihatan Bautheac sendiri nampak risau bola tak masuk dan sudah cuba untuk melakukan follow up. Jelas sekali Bautheac tak merancang sebenarnya panenka itu akan meleret seperti itu.

Kelihatan juga dia tiba tiba mahu menukar gaya sepakan pada saat akhir? Cuma Bautheac dan tuhan sahaja yang tahu.

Boleh sahaja penalti itu menjadi momen memalukan jika diselamatkan penjaga gol. Ramai yang menganggap ianya momen miss hit paling bergaya / cool dalam sejarah. Kerana salah sepak, terhasil gol panenka leret.

Dan ini juga mengajar kita bahawa kata kata seorang legenda itu benar: “Bola kalau dah nak masuk, buat la macam mana, akan tetap masuk.”

Walaupun panenka itu bergaya, namun pasukannya kalah 3-5 dalam aksi terakhir A-League musim 2018/19 itu.

Saksikan di sini: