[VIDEO] Detik Cemas 2 Petugas Keselamatan Dikejar & Ditembak Perompak

Satu video tular di media sosial memaparkan dua petugas van keselamatan yang membawa wang telah dikejar dan ditembak oleh sekumpulan perompak. Kejadian tersebut berlaku di Pretoria, Afrika Selatan.

Rakaman dirakam di dalam kenderaan yang membawa cash in transit (CIT) dalam diserang di jalanraya Pretoria yang sibuk.

Dalam video berdurasi tiga minit itu, seorang pegawai keselamatan sedang memandu bersama rakan sekerja. Kedua-duanya memakai baju kalis peluru. Beberapa tembakan yang kuat dilepaskan memberi isyarat bahawa mereka diserang.

Pemandu tersebut dengan tenang menjaga kepalanya daripada berdekatan dengan tingkap kalis peluru yang retak, pada masa yang sama mahu mengawasi keadaan sekeliling.

Dia memperlahankan kenderaan di selekoh dan melakukan pusingan U mengejut. Kereta itu terus menghimpitnya. Terdapat dua kenderaan yang sedang mengejar dan cuba menghambat mereka.

Tembakan peluru terkena Land Cruiser tetapi pemandu tersebut tidak menyerah kalah dan terus memecut melalui lebuhraya untuk melarikan diri. Tingkap sisi kalis peluruh pecah. Dia mula mengarahkan rakannya untuk meraih senapang dan bersedia dengan tembakan daripada perompak dalam aksi kejar mengejar yang berterusan.

Tembakan kemudian terhenti seketika. Namun pemandu itu tidak mengambil mudah, malah terus memeriksa cermin sisi, dan kemudian memberi amaran kepada rakannya: “Mereka akan menembak lagi.”

Selepas itu,  lebih banyak tembakan dilepaskan. Pemandu itu menyerahkan telefon bimbit kepada rakannya dan berkata: “Telefon Robbie, telefon Josh.” Dia meminta rakannya itu memaklumkan rakan yang lain kedudukan dan situasi mereka.

Kenderaan itu tiba tiba terhenti. Pemandu tersebut mengambil senapang dan keluar dari kenderaan untuk berhadapan dengan orang yang menyerang mereka.

Jurucakap polis negara, Brig Vish Naidoo pada hari Sabtu mengesahkan kejadian itu berlaku di N4 di Pretoria pada 22 April.

“Suspek melepaskan tembakan ke arah kenderaan CIT dalam usaha menghentikannya ketika kejar mengejar dalam kelajuan tinggi,” katanya.

“Pemandu kenderaan CIT berjaya mengelak perompak itu untuk sementara waktu tetapi kemudian berhenti menunggu perompak itu. Perompak melarikan diri tanpa membawa sesen wang pun. Belum ada tangkapan dilakukan. ”

Inilah keadaan kenderaan pacuan empat roda tersebut selepas diserang:

Wartawan yang sama menulis bahawa, itulah kehidupan seharian pengawal keselamatan CIT di Afrika Selatan. Kerana sudah ada beberapa kes rompakan CIT berlaku di negara tersebut.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan