[VIDEO] Detik Cemas Kaki Bryan Danielson Tersepit Ketika Aksi AEW

Bekas bintang WWE, Bryan Danielson terlibat dalam kemalangan yang aneh dan pada masa yang sama dianggap agak negeri semasa penggambaran AEW Rampage malam Rabu.

Bryan Danielson antara nama tahap mega bintang dari WWE yang bertukar angin ke AEW dalam satu gelombang yang dianggap luar biasa.

Namun pada Rabu berlaku insiden pelik melibatkan Bryan Danielson.

Danielson kelihatan meraung kesakitan apabila rakaman video itu muncul, kerana dia tertangkap kamera sedang terhincut hincut.

Episod Dynamite menyaksikan Blackpool Combat Cluba, Eddie Kingston, Santana dan Ortiz, berhadapan dengan Jericho Appreciation Society.

Danielson dan Jon Moxley menewaskan Dante Martin dan Matt Syndal dalam perlawanan panas yang akan disiarkan pada malam Jumaat.

Ketika pertarungan, kaki Danielson dengan anehnya, terperangkap di antara gelanggang dan juga platform di sebelahnya.

Beberapa peminat di arena mendakwa bahawa kakinya tersepit untuk beberapa minit sebelum pasukan perubatan datang untuk mengeluarkannya.

Mereka yang menonton berkata bahawa sebahagian daripada tangga tersebut perlu dibawa keluar untuk mengeluarkan penggusti itu.

Danielson boleh dilihat meraung kesakitan ketika petugas perubatan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan pengalaman pahit itu singkat.

Beberapa rakaman menunjukkan bahawa situasi itu benar benar lebih serius daripada yang disangkakan. Di mana para petugas di situ kelihatan bermati matian dalam usaha mereka mahu mengeluarkan kaki Bryan.

Selepas dikeluarkan Byan Danielson dilihat menolak daripada menerima bantuan daripada kakitangan dan mahu berjalan masuk ke bilik persalinan atas usahanya sendiri.

Dalam erti kata  lain dia menghantar mesej bahawa sebenarnya dia baik baik sahaja. Para peminat AEW gembira melihat perkara itu.

Lebih lebih lagi, sebelum keluar dari arena, Bryan boleh dilihat berbual dengan Eddie Kingston, memberinya ‘thumb up’, yang boleh kita anggap bermakna dia baik-baik saja dan Eddie tidak perlu rasa bersalah.

Namun apa yang jelas ianya bukan malam yang bagus untuk Bryan. Kerana kecederaan itu mungkin akan membuatkannya terlepas aksi beberapa minggu atau bulan.

Tetapi status kecederaannya masih belum dinyatakan lagi.

Apa yang pasti ramai yang mengkritik struktur ring AEW yang dianggap ibarat perangkap maut kepada penggusti. Bagaimana mereka boleh membina ring dan platform sebegitu?

Seterusnya Bryan Alvarez mengkritik cara Moxley dan mereka yang berada di situ yang dianggap tidak mengambil perkara itu secara serius. Ada yang menganggap Bryan melebih lebih untuk berlakon dalam insiden itu seperti mana dalam beberapa situasi sebelum ini.

Tetapi bagi Alvarez, dalam situasi tersebut mereka yang berada di situ tidak seharusnya berteori seperti itu. Kerana mereka perlu mengeluarkan Bryan dengan secepat mungkin jika perkara itu tiada dalam skrip atau rancangan mereka.

“Lihatlah Moxley dan semua yang ada di sini, maksud saya, mereka macam tak kisah sangat. Mereka datang pun sempat bergurau gurau dengannya.”

“Seseorang memberitahu saya, mereka malah menganggap benda tu kelakar dan bergelak ketawa tentangnya.”

Namun ada peminat gusti meminta Alvarez jangan terlalu berprasangka. Kerana menurut mereka, petugas dan mereka yang ada di situ sudah melakukan yang terbaik untuk mengeluarkan Bryan.