Persekutuan bola sepak Belize (FFB) menyatakan mereka berasa “kecewa dan jijik”, setelah bas yang membawa pasukan ke hotel mereka di Haiti ditahan oleh geng pemberontak yang menunggang motosikal.
Momen cemas itu membuatkan para pemain dan pegawai yang berada di dalam bas berasa sangat takut.
Kejadian itu berlaku sejurus selepas pasukan itu tiba di negara Caribbean itu untuk bermain perlawanan kelayakan Piala Dunia.
“Walaupun pengawal polis empat orang, bas pasukan dihentikan secara mengejut oleh pemberontak dengan senapang, dengan geng bermotosikal dan pengawal polis terpaksa berunding dengan mereka untuk membenarkan bas pasukanmeneruskan perjalanan ke hotel,” kata FFB dalam pernyataannya.
“Kami dengan senang hati melaporkan bahawa ‘Jaguar’ kami, walaupun bergoncang oleh pengalaman buruk itu, namun kami selamat tiba di hotel mereka.”
Upon Belize’s 🇧🇿 arrival to Haiti 🇭🇹 for their World Cup Qualifier, their police escort was stopped by armed “insurgents”
This is the video going around on social media.
Match is set for March 25. Belize has put out an official statement. pic.twitter.com/B3Z0gTfW16
— Nico Cantor (@Nicocantor1) March 23, 2021
Persekutuan Bola Sepak Belize menyiarkan gambar di laman Facebooknya mengenai kejadian itu, menunjukkan kumpulan pemberontak itu memakai topeng muka dan membawa senjata.
Ketua jurulatih Belize, Dale Pelayo menyatakan bahawa beliau dan para pemainnya merasa tidak selamat ketika ini.
National Football Team coach Dale Pelayo says the team does not feel safe in Haiti, wants to leave https://t.co/qLkPxqUjb0
— Breaking Belize News (@belizemedia) March 23, 2021
Kapten pasukan, Deon McCauley menyifatkan kejadian itu sebagai momen yang sangat menakutkan dan pemain pemain lain memberitahu stesen TV Belize News 5 mereka berharap dapat keluar dari Haiti secepat mungkin.
FFB mengatakan pihaknya telah menghubungi badan induk bola sepak FIFA dan Gabungan Persatuan Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (CONCACAF) untuk menempatkan pemain ke persekitaran yang lebih selamat.
Aksi kelayakan, dijadualkan pada hari Khamis, dan ia adalah sebahagian daripada pusingan pertama aksi kelayakan zon CONCACAF untuk Piala Dunia 2022 di Qatar.
Belize tidak pernah layak ke final Piala Dunia sementara Haiti hanya layak sekali, pada tahun 1974.